Tan Sri Azman Hashim tiada kaitan dengan ARJ Group - AMMB | DagangNews Skip to main content

Tan Sri Azman Hashim tiada kaitan dengan ARJ Group - AMMB

Tan Sri Azman Hashim

KUALA LUMPUR 20 Dis - AMMB Holdings Bhd memaklumkan bahawa Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat mereka, Tan Sri Azman Hashim, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ARJ Group Management & Services Asia.

 

Menurut kumpulan perbankan itu dalam kenyataan hari ini, Azman telah secara palsu dikaitkan dengan ARJ Group Management & Services Asia, yang menyenaraikan Tan Sri Azman Hashim selaku salah seorang daripada ahli lembaga pengarahnya, lapor Berita Harian.

 

"Kami ingin mengesahkan dan menjelaskan bahawa Tan Sri Azman Hashim tidak sama sekali terkait dengan ARJ Group Management & Services Asia.

 

"Kami memohon orang ramai dan pihak berkepentingan kami untuk berhati-hati dan sentiasa mengesahkan maklumat dengan sewajarnya berhubung sebarang percubaan palsu mengaitkan nama Tan Sri Azman Hashim dengan sebarang urus niaga," katanya. - DagangNews.com