TAS Offshore raih kontrak RM15.3 juta bina 2 bot tunda | DagangNews Skip to main content

TAS Offshore raih kontrak RM15.3 juta bina 2 bot tunda

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 April - TAS Offshore Bhd menerusi anak syarikatnya telah memperoleh kontrak pembinaan dua unit bot tunda bernilai RM15.3 juta.

 

Syarikat pembina kapal itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak terbabit ditandatangani dengan pelanggan sedia ada dari Indonesia.

 

"Penghantaran kedua-dua bot itu dijangka pada suku ketiga 2025," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, berkata hasil yang dijana daripada kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2026 (FY26).

 

Tiada Pengarah dan/atau pemegang saham utama kumpulan itu atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak berkenaan.

 

Terdahulu, pada Januari 2024, kumpulan itu meraih kontrak bernilai RM22.6 juta bagi pembinaan tiga unit bot tunda bernilai RM22.6 juta.- DagangNews.com