Aeronerve Institute latih Polis Bantuan Westports tubuh unit dron awasi keselamatan pelabuhan | DagangNews Skip to main content

Aeronerve Institute latih Polis Bantuan Westports tubuh unit dron awasi keselamatan pelabuhan

Petugas Aeronerve Institute memberi penerangan tentang unit dron kepada anggota Polis Bantuan Westports.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 7 Jan - Peneraju dan penyedia dalam bidang geospatial menggunakan dron di Malaysia, Aeronerve Institute mahu melangkah lebih jauh dalam bidang tersebut termasuk menyediakan penyelesaian kepada pengguna.

 

Aeronerve Institute adalah anak syarikat kepada Aeronerve. 

 

Ia membariskan tenaga kerja tempatan yang memiliki kemahiran dalam bidang data udara dron dan data perisikan geospatial.

 

 

Ketua Pegawai Operasi Aeronerve Institute, Nizzal Syafiq Bostaman, kemahiran yang dimiliki pihaknya adalah setanding dengan penyedia sama dari luar negara.

 

 

Pesawat
Sebahagian daripada anggota Unit Dron Task Force Westports Malaysia.

 

Pesawat
Dron jenis DJI Matrice 350 RTK.

 

Menurut beliau, pihaknya pada Oktober lalu menerima kontrak membekal dron dan penyelenggaraan daripada Polis Bantuan Pelabuhan Westports Malaysia Sdn. Bhd. bernilai RM140,000.

 

Dron yang dibekalkan ialah jenis DJI Matrice 350 RTK manakala kerja penyelenggaraan selama 2 tahun.

 

“Polis Bantuan Westport menggunakan teknologi dron bagi kegunaan pantauan perimeter dan sebagai tidak balas pertama bagi sebarang situasi kecemasan.

 

“Kita juga memberi latihan berkaitan kemahiran pengendalian penerbangan, penggunaan kamera pengesan haba, kemahiran perancangan penerbangan dan undang-undang penerbangan dron.

 

“Latihan ini melibatkan 10 orang pegawai polis bantuan yang dilatih untuk membentuk Unit Dron Task Force Westports,” ujarnya kepada Dagang News.

 

 

Pesawat

 

Pesawat

 

Hasil daripada inisiatif tersebut berupaya meningkatkan tahap keselamatan pelabuhan, pemodenan pasukan keselamatan dan kesiagaan terhadap situasi kecemasan.

 

Menjelaskan lebih lanjut kata Nizzal Syafiq, Aeronerve Institute telah menjadi pemain utama dalam membangunkan bakat untuk ekosistem teknologi dron sejak 2018. 

 

“Misi kami sejajar dengan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 yang bertujuan untuk memupuk 10,000 profesional mahir dalam teknologi dron menjelang 2030,” ujarnya. - DagangNews.com