KUALA LUMPUR 8 Jan - Kementerian Pelancongan (MOTAC) memaklumkan bahawa lesen pelancongan untuk beroperasi untuk Layang Layang Island Resort Sdn Bhd telah dibatalkan.
Tindakan tersebut dilaksanakan berikutan insiden nahas pesawat milik syarikat itu berlaku pada Mei 2024 yang didapati berpunca daripada kecuaian.
Kejadian itu menyaksikan sebuah pesawat ringan Cessna 172N Skyhawk milik syarikat itu, Layang Layang Aerospace, Ipoh terhempas di Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak dengan 2 penumpang, kedua-duanya berjaya diselamatkan.
Penerbangan pukul 7 pagi itu berlepas dari lapangan terbang Ipoh dengan 2 penumpang dan melakukan transmisi terakhir apabila ia terbang di atas Slim River pada 9:35 pagi, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).
Ia menyatakan bahawa pengawal trafik mengambil tindakan apabila pesawat itu gagal membuat laporan kedudukan di Bidor ketika itu.
Hasil siasatan akan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan. - DagangNews.com