KUALA LUMPUR 2 Dis - Binastra Corporation Bhd diunjur mencatatkan keuntungan antara RM4 juta hingga RM5 juta menerusi kontrak pembangunan semula tapak loji rawatan kumbahan di Cheras, Kuala Lumpur.
Phillip Capital berkata, unjuran keuntungan itu adalah beradasarkan andaian margin antara 6% hingga 7% bagi kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).
"Kejayaan terbaharu itu meyaksikan kumpulan itu memperoleh kontrak sebanyak RM2.8 bilion sehingga kini, menyumbang 93% daripada sasaran penambahan buku pesanan RM3 billion bagi FY25.
"Buku persanan terbaharu kumpulan berjumlah RM3.5 billion itu memberikan perlindungan hasil 8.2x yang kukuh dan memberi keterlihatan pendapatan bagi tempoh empat tahun akan datang.
ARTIKEL BERKAITAN: Binastra raih kontrak RM67.6 juta bangunkan semula tapak loji rawatan kumbahan di Cheras
"Kami tetap yakin Binastra akan memperoleh tambahan RM200 juta dalam kontrak baharu untuk memenuhi andaian pesanan baharu RM3 bilion kami, disokong oleh saluran tender yang kukuh," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu tidak membuat sebarang perubahan terhadap ramalan pendapatan kumpulan kerana kemenangan kontrak itu termasuk dalam andaian penambahan semula.
Mereka mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM2.15 sesaham.
"Kami terus menyukai kumpulan itu kerana kelebihan daya saingnya yang kukuh sebagai kontraktor pilihan dengan pelanggan utama dan margin keuntungan yang unggul.
"Kumpulan itu bagaimanapun berdepan risiko termasuk penambahan buku pesanan yang lebih perlahan daripada jangkaan, kelewatan yang tidak dijangka dan tekanan kos margin projek," katanya. - DagangNews.com