Cloudpoint Technology terima kontrak rumusan automasi pengurusan bernilai RM33.6 juta | DagangNews Skip to main content

Cloudpoint Technology terima kontrak rumusan automasi pengurusan bernilai RM33.6 juta

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 4 Dis - Cloudpoint Technology Bhd memperoleh kontrak bernilai RM33.6 juta untuk melaksanakan rumusan automasi pengurusan perkhidmatan bersepadu (ISMA) dari sebuah bank tempatan.

 

Cloudpoint Technology bagaimanapun tidak mendedahkan identiti bank tersebut.

 

Syarikat itu berkata, ia akan menyediakan pelbagai perkhidmatan pelaksanaan, langganan awan dan lesen perisian sepanjang tempoh tiga tahun.

 

"Fasa pertama projek ini akan berlangsung selama 12 bulan dari tarikh pelaksanaan rasmi projek, diikuti dengan jaminan selama 12 bulan selepas sistem mula beroperasi," katanya dalam pemfailan syarikat kepada bursa pada Selasa.

 

Cloudpoint Technology menjangka kontrak itu akan meningkatkan pendapatan dan aset bersihnya bermula dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

 

Saham penyedia rumusan IT tersebut ditutup tiga sen atau 3.55% lebih tinggi pada harga 87.5 sen, menjadikan nilai syarikat sebanyak RM462.41 juta. - DagangNews.com