KUALA LUMPUR 30 Sept - Epicon Bhd bercadang untuk mengambil alih syarikat konkrit pratuang dan prategasan Concrete Empire Sdn Bhd (CESB) pada harga RM24.5 juta.
Dalam satu kenyataan, Epicon berkata CESB adalah pakar dalam pembinaan jambatan dan jejambat.
“Pemerolehan ini menandakan satu langkah penting dalam perjalanan Epicon ke arah menjadi penyedia rumusan infrastruktur yang komprehensif, mengukuhkan lagi kehadirannya dalam sektor pembinaan Malaysia yang kompetitif.
“Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, CESB menjamin keuntungan RM8 juta untuk tahun kewangan berakhir 2024 dan 2025, memastikan sumbangan kewangan yang berterusan semasa fasa peralihan kritikal ini.”
Epicon menambah CESB mempunyai buku tender bernilai RM162.3 juta dan buku pesanan RM57.13 juta.
Epicon berkata pengambilalihan itu "dipecahkan" kepada RM14.7 juta dalam bentuk tunai dan terbitan 26.67 juta saham baharu pada RM0.30 sesaham, berjumlah RM9.8 juta untuk 70% kepentingan dalam CESB.
CESB telah memberikan Epicon pilihan panggilan (call option) untuk memperoleh baki 30% kepentingan ekuiti, tertakluk kepada syarat tertentu. - DagangNews.com