Hasil hospital swasta diramal meningkat walaupun cabaran sistem pembayaran mengikut diagnosis dijangka kekal berterusan - Kenanga  | DagangNews Skip to main content

Hasil hospital swasta diramal meningkat walaupun cabaran sistem pembayaran mengikut diagnosis dijangka kekal berterusan - Kenanga 

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 14 Jan - Kenanga Research meramalkan pertumbuhan pendapatan hospital swasta meningkat didorong oleh peningkatan penyakit kronik dan penambahan katil baharu, dibantu oleh kemasukan pesakit tinggi.


 
Firma penyelidikan itu juga berkata, cabaran sistem pembayaran merangkumi klasifikasi penyakit berdasarkan diagnosis (DRG) mungkin tidak menjadi isu yang besar selepas perbincangan dengan pihak tertentu. 

 

Walaubagaimanapun, Kenanga menjangkakan beberapa cabaran DRG akan kekal berterusan sekurang-kurangnya sehingga suku kedua 2025. 

 

“Disebalik cabaran DRG, kami kekal optimis terhadap perkembangan jangka masa panjang sektor penjagaan kesihatan dibantu oleh penduduk yang semakin tua.

 

“Kami mengekalkan saranan “overweight”  ke atas sektor penjagaan kesihatan, dan pilihan utama kami ialah IHH Healthcare Bhd dengan harga sasaran (TP) RM8.11 sesaham,” katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini. 

 

Kenanga juga terus menyukai saham KPJ Healthcare Bhd (TP: RM2.40) kerana pelasrasan harganya sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta, kedudukan pasarannya yang kukuh dan rangkaian 28 hospital swasta.

 

“KPJ dijangka menambah lebih kurang 1,500 kati menjadikan jumlah katil kepada 5,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

 

“Dari segi keuntungan, kami menjangkakan pendapatan KPJ akan memperoleh momentum kukuh  menjelang FY25 berdasarkan kecekapan operasi yang lebih baik daripada usaha pengoptimuman kos dan kadar penyerapan overhed hasil daripada peningkatan beransur-ansur dalam membuka katil baharu.

 

“Dengan hasil tambahan daripada pengeluaran pesakit yang lebih tinggi, Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), KPJ Perlis, KPJ Batu Pahat dan KPJ Bandar Dato Onn telah pun menjana hasil pada 9MFY24, kecuali Miri yang kami jangka akan mencapai tahap yang sama pada CY25," katanya. 

 

Kenanga juga berkata, IHH merancang untuk menambah lebih kurang 4,000 katil dalam tempoh lima tahun akan datang di seluruh Malaysia, India, Türkiye dan Eropah.

 

“IHH menjangkakan momentum pendapatannya akan dipercepatkan, disokong oleh keamatan hasil dan permintaan yang meningkat pada 2HFY24.

 

“Kami percaya IHH mempunyai pendedahan yang lebih besar kepada pelancongan perubatan berdasarkan pasaran luar negara yang luas.

 

"Pendapatannya kurang terdedah kepada kebimbangan kawal selia berkaitan DRG kerana pendedahannya kepada pendapatan dalam pelbagai pasaran luar negara," katanya. - DagangNews.com