HPP Holdings diramal catat keputusan lebih baik pada 2HFY25 didorong perkembangan bahagian pembungkusan acuan kertas | DagangNews Skip to main content

HPP Holdings diramal catat keputusan lebih baik pada 2HFY25 didorong perkembangan bahagian pembungkusan acuan kertas

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Okt - Kenanga Research meramalkan HPP Holdings Bhd mencatatkan keputusan lebih baik pada 2HFY25 didorong pertumbuhan bahagian pembungkusan acuan kertas dan peningkatan permintaan daripada pelanggan.

 

Katanya, untung bersih teras kumpulan itu pada 1QFY25 sebanyak RM1.4 juta masing-masing hanya 16% dan 20% daripada ramalan dan anggaran konsensus setahun penuh.

 

Firma penyelidikan itu menganggap keputusan itu berada dalam jangkaan memandangkan pendapatan 1HFY25 yang lebih lemah dijangkakan kesan kelewatan pendaftaran jentera pulpa kertasnya dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

 

"Kami menjangkakan kumpulan itu tidak kekurangan pemacu pendapatan seperti peningkatan harga produk kertas di peringkat global yang seharusnya menaikkan purata harga jualan produknya selain pengenalan produk pembungkusan acuan pulpa kertas kitar semula baharu dengan margin tinggi.

 

"Peningkatan pesanan daripada pelanggan dalam segmen elektrik dan elektronik (E&E)," katanya dalam satu nota kajian.

 

Kenanga Research percaya, pelanggan dalam segmen E&E semakin menunjukkan tanda-tanda pemulihan positif.

 

Katanya, hasil 1QFY25 menguncup sebanyak 12% disebabkan penyusutan permintaan produk pembungkusannya dipengaruhi oleh permintaan yang lebih lemah daripada industri E&E.

 

"Bagaimanapun, ia diimbangi sebahagiannya oleh permintaan yang lebih kukuh untuk produk isi rumah bukan elektrik dan produk pengguna lain," katanya.

 

Firma penyelidikan itu menyukai kumpulan itu keranan memiliki pensijilan G7 Master Colourspace yang diiktiraf di peringkat global yang membolehkannya mewujudkan tapak yang kukuh dalam rantaian bekalan syarikat multinasional (MNC).

 

Kumpulan itu juga menyediakan rumusan reka bentuk, pelbagai warna dan rumusan percetakan offset atau flexographic resolusi tinggi selain asas pelanggannya yang kukuh termasuk Pelanggan D.

 

"Produk pembungkusan acuan pulpa kertas kitar semula baharunya, pengganti kepada produk pembungkusan styrofoam, yang mematuhi piawaian alam sekitar EU yang ketat dan tidak tertakluk kepada cukai alam sekitar yang tinggi yang dikenakan ke atas produk pembungkusan Styrofoam," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'underperform' dengan harga sasaran (TP) 39 sen sesaham.- DagangNews.com