IPO TMK Chemical terlebih langgan sebanyak 14.28 kali | DagangNews Skip to main content

IPO TMK Chemical terlebih langgan sebanyak 14.28 kali

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Dis - TMK Chemical Bhd menyaksikan permintaan yang menggalakkan untuk tawaran awam permulaan (IPO), dengan bahagian awam terlebih langgan sebanyak 14.28 kali.

 

IPO itu terdiri daripada 220 juta saham biasa berharga RM1.75 sesaham bersempena dengan penyenaraian kumpulan itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 12 Disember 2024.

 

Sejumlah 14,739 permohonan untuk 305,549,900 saham IPO dengan nilai RM534,712,325 diterima daripada orang ramai Malaysia, yang mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 14.28 kali.

 

Bagi bahagian Bumiputera, sebanyak 6,653 permohonan untuk 114,874,100 saham IPO telah diterima, yang mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 10.49 kali.

 

Bagi bahagian awam, sebanyak 8,086 permohonan untuk 190,675,800 saham IPO telah diterima, yang mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 18.07 kali.

 

Sejumlah 190,000,000 saham IPO yang ditawarkan kepadainstitusi dan pelabur terpilih juga telah dilanggan sepenuhnya.

 

Maybank Investment Bank Berhad merupakan penasihat utama, pemilik buku tunggal dan penaja jamin tunggal untuk IPO.

 

Notis peruntukan akan dihantar kepada pemohon yang berjaya selewat-lewatnya pada 11 Disember 2024.- DagangNews.com