Kerugian bersih Sapura Resources pada 3Q meningkat kepada RM8.6 juta | DagangNews Skip to main content

Kerugian bersih Sapura Resources pada 3Q meningkat kepada RM8.6 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Dis - Sapura Resources Bhd mencatatkan kerugian bersih lebih tinggi sebanyak RM8.6 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Oktober 2024 (3QFY25) berbanding RM8.2 juta bagi suku sama tahun sebelumnya.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kerugian itu disebabkan pengiktirafan faedah ke atas saham pinjaman bercagar boleh tukar boleh tebus (RCSLS) yang diperoleh hasil yang lebih tinggi yang disumbangkan terutamanya daripada peningkatan kadar penghunian di Permata Sapura.

 

Pendapatan kumpulan melonjak 48.5% kepada RM20.2 juta daripada RM13.5 juta pada suku yang sama.

 

 

Sapura Resources berkata, bahagian hartanah dan perniagaan penerbangan akan kekal sebagai penyumbang utama kepada pendapatannya.

 

"Dalam pada itu, kumpulan akan terus menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah untuk memastikan kemampanan jangka panjang.

 

"Penyelesaian proses penjanaan modal baru-baru ini telah mengukuhkan kunci kira-kira kumpulan dan telah memberi keupayaan untuk kumpulan meningkatkan perniagaan semasanya serta meneroka peluang baharu," katanya.- DagangNews.com