Kerugian Lotte Chemical Titan diramal menyusut pada 4QFY24 didorong peningkatan jualan produk polietilena - TA Securities | DagangNews Skip to main content

Kerugian Lotte Chemical Titan diramal menyusut pada 4QFY24 didorong peningkatan jualan produk polietilena - TA Securities

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Nov - TA Securities meramalkan kerugian Lotte Chemical Titan Holding Bhd mencatatkan sedikit pernurunan pada 4QFY24 berbanding 3QFY24 didorong peningkatan jualan produk polietilena berketumpatan rendah (LDPE) dan polietilena ketumpatan rendah linear (LLDPE).  

 

Katanya, purata harga jualan (ASP) untuk polimer itu dijangka menyaksikan sedikit peningkatan pada 4QFY24, disokong permintaan bermusim bagi produk pembungkusan pengguna yang fleksibel, sejajar dengan jualan akhir tahun. 

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu berkemungkinan kekal mencatatkan kerugian dalam beberapa suku akan datang kerana tebaran produk tidak dijangka bertambah baik dengan ketara di tengah-tengah bekalan tidak terjual daripada pengembangan kapasiti yang ketara, terutamanya di China," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Kerugian bersih Lotte Chemical pada 3QFY24 meningkat kepada RM245.3 juta kesan jualan rendah, penurunan nilai inventori

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih teras 3QFY24 sebanyak RM224 juta membawa kerugian bersih teras kumulatif 9MFY24 kepada RM626 juta.

 

Ia disebabkan kerugian tukaran mata wang asing sebanyak RM38.6 juta, RM300,000 bagi hapus kira inventori, RM1.2 juta bagi PPE dihapuskan, keuntungan RM1.1 juta daripada pelupusan PPE, pembalikan elaun ke atas penghutang perdagangan sebanyak RM1.8 juta dan RM9.8 juta inventori diturunkan kepada NRV.

 

Firma penyelidikan itu menyemak turun unjuran kadar penggunaan purata FY24/FY25/FY26 daripada 66%/70%/75% kepada 60%/63%/73%, masing-masing dan menurunkan ASP produk kami sebanyak 3-5%.

 

Mereka juga mengurangkan unjuran pendapatan kepada  -RM825.4 juta/-RM389.5 juta/RM142.1 juta daripada -RM653 juta/- RM213.6 juta/RM213.9 juta.

 

"Kami mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) RM1.02 sesaham," katanya.- DagangNews.com