KTI Landmark menang subkontrak RM49.99 juta bina Perumahan Keluarga Angkatan Tentera di Labuan | DagangNews Skip to main content

KTI Landmark menang subkontrak RM49.99 juta bina Perumahan Keluarga Angkatan Tentera di Labuan

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 12 Nov - KTI Landmark Bhd (KTI) yang baru disenaraikan, memenangi subkontrak bernilai RM49.99 juta bagi projek pembinaan Perumahan Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Pangkalan Udara Labuan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KTI menyatakan,subkontrak tersebut dianugerahkan kepada Jawat Johan Sdn Bhd, dengan tempoh selama 14 bulan, bermula dari 25 November 2024.

 

Ini merupakan anugerah kedua yang diterima oleh KTI sebagai subkontraktor pakar sistem bangunan industri untuk projek RKAT.

 

Dengan anugerah baharu itu, KTI menyatakan bahawa jumlah kontrak yang diperoleh oleh syarikat bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM214.37 juta.

 

Kontrak sebelumnya adalah untuk projek RKAT Kem Lok Kawi yang dianugerahkan oleh Jawala Corporation pada Februari 2024.

 

KTI menyatakan bahawa subkontrak baru tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada hasil dan pendapatannya sepanjang tempoh kontrak.

 

Saham KTI ditutup tidak berubah pada 31 sen pada Isnin, memberikan syarikat itu nilai pasaran sebanyak RM248 juta.

 

Saham tersebut meningkat sebanyak 3.3% dari harga penyenaraian 30 sen pada 19 Jun 2024. - DagangNews.com