Labuan hanya 'hidup semula' jika dikembalikan kepada Sabah - Presiden SAPP | DagangNews Skip to main content

Labuan hanya 'hidup semula' jika dikembalikan kepada Sabah - Presiden SAPP

Oleh Shamsiah Zulkafli

KOTA KINABALU 13 Nov - Pengembalian semula Wilayah Persekutuan Labuan kepada Sabah adalah satu-satunya penyelesaian untuk menghidupkan semula pulau tersebut, kata Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

 

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, dengan hanya satu Ahli Parlimen di Labuan, suara mereka di peringkat Persekutuan tidak berkesan.

 

"Satu-satunya penyelesaian supaya suara Labuan didengar adalah mengembalikannya kepada Sabah. Apabila Labuan menjadi sebahagian daripada Sabah semula, lalu lintas di Jambatan Labuan akan lancar kerana tidak akan ada pemeriksaan imigresen antara Labuan dan Sabah.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7436661576234437906.jpg?itok=gvpBItkZ","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7436661576234437906?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

"Hanya orang yang ke Labuan dari luar Sabah akan dikenakan kawalan imigresen," katanya dalam satu kenyataan.

 

Pada 1984, pemimpin Sabah ketika itu menyerahkan Labuan kepada kerajaan dan ia diiktiraf sebagai Wilayah Persekutuan.

 

Teck Lee berkata, apabila Labuan menjadi sebahagian daripada Sabah semula, ia akan mendapat dua atau tiga wakil rakyat dan mungkin satu kerusi dalam Kabinet Sabah.

 

Beliau turut menambah, satu-satunya penyelesaian jangka panjang yang berkesan untuk masalah ekonomi Labuan yang berterusan adalah integrasi ekonominya dengan ekonomi Sabah melalui Jambatan Labuan.

 

Katanya, Lapangan Terbang Labuan yang kurang dimanfaatkan tetapi bertaraf antarabangsa, dapat segera digunakan untuk mengurangkan kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sekali gus meningkatkan ekonomi kawasan tersebut.

 

Beliau berkata, lapangan terbang tersebut juga dapat memberi akses kepada bahagian selatan Sabah, utara Sarawak dan bahkan Brunei, memandangkan Jambatan Temburong Brunei yang kini boleh diakses dan Jalan Penghubung Sarawak-Sabah (SSLR) yang akan datang telah memendekkan masa perjalanan antara Sabah, Brunei dan Sarawak sekurang-kurangnya dua jam.

 

Pada Isnin, Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa menyatakan, kajian teknikal berhubung pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok dijangka bermula pada 2025.

 

Projek Jambatan Labuan-Menumbok dijangka membawa perubahan besar kepada infrastruktur Labuan, memudahkan perjalanan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta sosial di kawasan tersebut. - DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/mxwKcrOSuBU.jpg?itok=j-aGinjQ","video_url":"https://youtu.be/mxwKcrOSuBU","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}