LFE Corporation peroleh subkontrak RM38.8 juta daripada Gamuda bagi pembinaan Fasa 1 pusat data di Elmina Business Park | DagangNews Skip to main content

LFE Corporation peroleh subkontrak RM38.8 juta daripada Gamuda bagi pembinaan Fasa 1 pusat data di Elmina Business Park

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Okt - LFE Corporation Bhd menerusi syarikat kerjasamanya, R&L Engineering Sdn Bhd menerima subkontrak RM38.8 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembinaan Fasa 1 pusat data di Elmina Business Park, Sungai Buloh, Selangor.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, subkontrak itu melibatkan pembinaan, penyiapan, pengujian dan pentauliahan perkhidmatan elektrik serta kerja-kerja berkaitan di pusat data itu. 

 

Ia juga melibatkan pembinaan pencawang pengguna, pondok pengawal, kebuk sampah, laman elektrik, tujuh unit tangka air, empat unit bilik pam dan bilik kimia. 

 

"Kontrak itu adalah selama 12 bulan bermula 4 Oktober 2024 hingga 18 Oktober 2025," katanya.

 

Kontrak itu ijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 sehingga tamat tempoh kontrak.

 

Kumpulan itu tidak menjangkakan sebarang risiko material yang timbul daripada kontrak selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan. - DagangNews.com