Nur Khairanie Nasya dilantik terajui Komunikasi Korporat SEDC  | DagangNews Skip to main content

Nur Khairanie Nasya dilantik terajui Komunikasi Korporat SEDC 

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 8 Okt - Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) melantik Nur Khairanie Nasya Jasni sebagai Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat & Komunikasi agensi pelaburan kerajaan negeri itu.

 

Beliau pernah berkhidmat di SEDC, menerajui usaha transformasi di perbadanan tersebut.

 

Dalam jawatan baharu ini, beliau menerajui pelbagai inisiatif, termasuk komunikasi krisis, hubungan pelabur, kerajaan dan hubungan media sambil menyelia komunikasi dalaman dan luaran untuk syarikat.

 

Sebelum ini Khairanie merupakan Penolong Pengurus, Bahagian Hal Ehwal Awam di OCIM dan pernah berkhidmat di Sarawak Media Group. 

 

 

sedc
Ibu pejabat SEDC di Kuching, Sarawak

 

 

SEDC merupakan badan berkanun yang ditubuhkan pada 1972, berperanan merangsang pembangunan ekonomi Sarawak dengan perintis dan industri strategik.- DagangNews.com