Pappajack diluluskan oleh Bursa Malaysia berpindah ke Pasar Utama dari Pasaran ACE | DagangNews Skip to main content

Pappajack diluluskan oleh Bursa Malaysia berpindah ke Pasar Utama dari Pasaran ACE

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 6 Nov - Pengendali kedai pajak, Pappajack Holdings memperoleh kelulusan Bursa Malaysia untuk memindahkan keseluruhan modal saham terbitannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama bursa saham tempatan, di bawah sektor perkhidmatan kewangan.

 

Syarikat itu berkata cadangan pemindahan itu akan berkuat kuasa serta-merta dua hari pasaran selepas pengumuman kepada Bursa Securities pada tarikh pemindahan melalui Bursa LINK.

 

Semasa mengemukakan permohonan sebelum ini, kumpulan itu berkata ia telah memenuhi keperluan keuntungan untuk berpindah ke Pasaran Utama, setelah mencatatkan keuntungan larasan selepas cukai (PAT) sebanyak RM18.63 juta bagi tahun berakhir 31 Dis 2023 (FY2023), dan PAT agregat RM35.11 juta untuk tiga tahun yang lalu antara FY2021 dan FY2023.

 

Ini memenuhi keperluan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang mewajibkan PAT agregat sekurang-kurangnya RM20 juta sepanjang tiga tahun kewangan yang lalu, dengan PAT sekurang-kurangnya RM6 juta untuk tahun terkini.

 

Pada akhir Disember 2023, aset semasa Pappajack berjumlah RM272 juta, manakala liabiliti semasanya berjumlah RM34.44 juta.

 

Kumpulan itu mempunyai wang tunai dan baki bank sebanyak RM49.78 juta dan pinjaman kira-kira RM38.53 juta. Nisbah penggearannya ialah 0.16 kali.

 

Pappajack, yang disenaraikan pada April 2022 selepas menawarkan sahamnya kepada orang ramai pada 30 sen sesaham. - DagangNews.com