KUALA LUMPUR 4 Dis - MIDF Research kekal positif terhadap hasil Mah Sing Group disokong oleh pengambilalihan tanah di Johor Baharu yang akan terus memacu pertumbuhan jualan baharu kumpulan.
Melalui anak syarikat milik penuhnya, Loyal Sierra Development Sdn Bhd, pengambilalihan tanah seluas 23.93 hektar di Mukim Pulai, Johor Bahru itu adalah untuk membangunkan projek perbandaran M Tiara 3.
Cadangan pengambilalihan yang bernilai RM62.98 juta itu dijangka siap pada separuh pertama 2025.
"Pengambilalihan tanah ini akan mengukuhkan lagi kehadiran Mah Sing di Johor.
“Pada masa ini, Mah Sing mempunyai beberapa projek yang sedang dijalankan di Johor iaitu Meridin East, M Minori dan M Tiara.
“Pertimbangan pembelian tanah untuk M Tiara 3 adalah sebanyak RM24.50 setiap kaki persegi (psf) adalah selaras dengan tanda harga RM23.70psf bagi tanah M Tiara 2.
Firma penyelidikan itu juga menjangkakan M Tiara 3 bakal menjana margin yang lebih tinggi disokong oleh harga rumah bermula daripada RM780,000.
ARTIKEL BERKAITAN : Mah Sing ambil alih tanah seluas 23.93 hektar di Johor Baharu bagi pembangunan projek perbandaran dengan GDV RM463 juta
"Anggaran nilai pertumbuhan kasar (GDV) M Tiara 3 ialah RM463 juta yang diterjemahkan kepada nisbah kos tanah yang menarik kepada GDV sebanyak 13.6%.
"Mah Sing berhasrat untuk membiayai pengambilan tanah melalui gabungan dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman bank.
"Nisbah penggearan bersih dijangka meningkat kepada 0.24x daripada 0.22x pada 3QFY24.
"Oleh itu, kami mengekalkan saranan "beli" ke atas Mah Sing dan menaikkan harga sasaran (TP) kepada RM2.04 daripada RM2.03," katanya. - DagangNews.com