KUALA LUMPUR 4 Dis - RHB Investment menjangkakan kontrak rumusan dokumen pengenalan dan pasport Datasonic Group Bhd akan dilanjutkan memandangkan rekod prestasi dan perkhidmatannya yang kukuh.
Firma penyelidikan itu berkata, aliran dana kukuh penyedia rumusan teknologi maklumat itu mendorong kepada penilaian saham semasa berada di bawah purata yang bakal memberi manfaat kepada kumpulan.
RHB Investment juga meramalkan, pendapatan FY25 Datasonic kekal positif berikutan permintaan pelbagai rumusan berkaitan kerajaan berterusan dan pengembangan margin dibantu oleh pelarasan purata harga jualan (ASP).
"Hasil Datasonic sebanyak RM47.5 juta bagi separuh pertama tahun kewangan 2025 (1HFY25) memenuhi anggaran tahunannya didorong oleh ASP dan pesanan iKad yang lebih tinggi, mengimbangi volum yang lebih rendah bagi permintaan produk rumusan yang lain.
"Harga saham semasa kumpulan tidak berubah memandangkan ketiadaan lanjutan kontrak untuk rumusan MyKad dan passport.
"Kami menjangkakan cadangan pengambilalihan 51% kepentingan ekuiti dalam Innov8tif Holdings daripada Revenue Group dengan harga RM40 juta dengan jaminan keuntungan RM2.5 juta dan RM3 juta untuk FY25 dan FY26 akan menurunkan penilaian saham kumpulan," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
Sementara itu, firma tersebut mengekalkan saranan "beli" ke atas Datasonic dengan harga sasaran (TP) 68 sen.
RHB Investment berkata, risiko kepada sasarannya termasuk kos input yang lebih tinggi, pesanan yang lebih lemah daripada jangkaan dan kontrak yang tidak diperbaharui.
Dalam nota kajian berasingan, MIDF Research berkata, prestasi kewangan 1HFY25 Datasonic kekal positif dibantu oleh hasil yang berdaya tahan disokong oleh kos operasi yang lebih rendah.
"Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan hasil 2HFY25 yang lebih kukuh disokong oleh aliran dana yang kukuh didorong oleh siri pengeluaran teknologi rumusan yang baharu.
"Salah satunya adalah penghantaran e-pasport ke negara Afrika Barat yang menunjukkan komitmen kumpulan untuk mempelbagaikan pendapatan.
"Kami mengekalkan saranan "beli" terhadap Datasonic dengan TP 58 sen," katanya.- DagangNews.com