Perak Transit jenamakan semula perkhidmatan myBAS kepada Bas.My | DagangNews Skip to main content

Perak Transit jenamakan semula perkhidmatan myBAS kepada Bas.My

Wajah baharu bas Perak Transit, Bas.My yang berwarna merah jambu (kredit foto Mirul Fauzi).
Oleh Zaki Salleh

IPOH 16 Dis - Syarikat pengangkutan Perak Transit Berhad (Perak Transit) menjenamakan semula perkhidmatan bas henti-henti myBAS kepada Bas.My.

 

Perak Transit dalam kenyataan memberitahu, penjenamaan tersebut bakal memberi nafas dalam perkhidmatan bas henti-henti di ibu negeri Perak, iaitu Ipoh.

 

Menurut kenyataan itu, perubahan nama tersebut juga melibatkan komitmen syarikat untuk meningkatkan perkhidmatan lebih efisien, selesa serta mesra pengguna.

 

“Program transformasi bas berhenti-henti (SBST) ini dibiayai Kementerian Pengangkutan dan dikawal selia oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat.

 

 

Perak

 

Perak
Warna lama bas henti-henti myBAS.

 

“Ia telah dilaksana di ibu negeri di Semenanjung Malaysia seperti Kangar, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Melaka,” ujar kenyataan tersebut.

 

Laluan Bas.My ini meliputi Medan Kidd, Bercham, Tanjung Rambutan, Chemor, Pasir Puteh, Pengkalan Sentosa, Lapangan Terbang Ipoh (LTSAS), Taman Botani, Batu Gajah dan Seri Iskandar.

 

Sempena penamaan itu, kesemua bas Perak Transit perkhidmatan bandar ini juga memperkenalkan corak bas berwarna merah jambu berbanding biru sebelumnya.

 

 

Perak

 

Ini juga bagi menimbulkan keceriaan selain lebih menarik.

 

Selain bas henti-henti, Perak Transit juga mengendalikan perkhidmatan bas Hop On Hop Off (Hoho) sejak 2019 sebagai salah satu tarikan pelancongan di Ipoh. - DagangNews.com