KUALA LUMPUR 15 Jan - Perkembangan semikonduktor tempatan dijangka lembap dalam jangka masa terdekat walaupun Perangkaan Perdagangan Semikonduktor Dunia (WSTS) mengunjurkan pertumbuhan industri global meningkat 11.2% pada 2025.
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) berkata, pendedahan produk tertumpu kecerdasan buatan (AI) terhad, pergantungan tinggi kepada permintaan lemah dari China dan tekanan margin mendorong kepada perkembangan syarikat semikonduktor tempatan yang perlahan.
"Oleh itu kmi mengekalkan saranan "neutral" ke atas sektor semikonduktor dengan pilihan utamanya termasuk Frontken Corporation and SAM Engineering and Equiptment Bhd yang kami menetapkan saranan "beli"," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Di samping itu, Maybank IB menjangkakan pertumbuhan sektor perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) membaik pulih pada 2025.
"Kami optimis dengan prospek EMS memandangkan sayrikat tempatan dijangka terus memanfaatkan pendedahan pusat data yang semakin meningkat. PIE Industrial Bhd dan VSI Technology Sdn Bhd ialah pilihan sektor EMS pilihan kami.
"Perkembangan EMS diramal meningkat didorong oleh peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), inisiatif produk/teknologi baharu yang tertumpu di sekitar ledakan pusat data, kemenangan kontrak daripada pelanggan baharu/sedia ada dan penambahan stok semula inventori.
"Kami juga menjangkakan syarikat EMS domestik menyelaraskan harga daripada pelanggan utama bagi mengimbangi kenaikan kos buruh," katanya.
Maybank IB menetapkan saranan "overweight" ke atas EMS dan meletakkan saranan "beli" terhadap PIE (TP: RM7.50), VSI (TP: RM1.28) dan Atech Resources Sdn Bhd (TP:RM3.34).
Firma penyelidikan itu percaya the perbezaan yang ketara antara ramalan pertumbuhan subsektor EMS dan semikonduktor didorong oleh oleh tahap pendedahan kepada ledakan global yang berterusan dalam pusat data kecerdasan buatan (AI-DC).
"Walaupun pertumbuhan semikondukor berkemungkinan lembap pada 2025, kami menjangkakan sektor itu akan berkembang lebih baik pada 2026 apabila masalah makro berkurangan dan inisiatif berkaitan AI mencapai tahap penuh," katanya. - DagangNews.com