Public Gold raih jualan RM4 bilion pada 2024, yakin meningkat kepada RM5 bilion pada 2025 | DagangNews Skip to main content

Public Gold raih jualan RM4 bilion pada 2024, yakin meningkat kepada RM5 bilion pada 2025

 

KUALA LUMPUR 14 Jan - Kumpulan Public Gold menyasarkan jumlah hasil jualan bagi tahun ini sebanyak RM5 bilion dengan purata 2.5 juta pelanggan.

 

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, sasaran itu berdasarkan peningkatan pelanggan sehingga sekali ganda yang direkodkan berbanding tahun lalu.

Menurutnya, ia termasuk pelanggan luar dari Malaysia, antaranya Indonesia, Dubai, Singapura dan Brunei.

 


 

Public Gold, Datuk Louis Ng
Datuk Louis Ng berucap pada majlis perasmian program Public Gold raikan usahawan terulung rangkul gelaran Double Diamond di Petaling Jaya pada Sabtu

 

 

“Setelah 17 tahun berada di pasaran, Public Gold menerima sambutan amat memberangsangkan apabila mencatat sejarah dengan jumlah keseluruhan jualan RM17.5 bilion, manakala berat emas 74 tan.

 

“Pada tahun lalu kami tutup akaun dengan jumlah jualan RM4 bilion dan yakin akan meningkat kepada RM5 bilion bagi 2025.

 

"Kami percaya ia dapat dicapai kerana segmen perniagaan ke perniagaan (B2B) semakin meningkat dan perniagaan ke pengguna (B2C) pula sangat stabil serta terus membangun,” katanya.

 

Ng berkata demikian semasa majlis perasmian program Public Gold raikan usahawan terulung rangkul gelaran Double Diamond di Petaling Jaya pada Sabtu, menurut laporan Sinar Harian.

 

Turut hadir, Pengarah Urusan Aurora Italia International Berhad, Datin Yvonne Lim; Ketua Pegawai Operasi PGMall, Jerry Ng; pengurusan tertinggi Kumpulan Public Gold dan lebih 2,000 pelanggan berdaftar.

 

 

 

 

 

Tambah beliau, fokus utama Public Gold tahun ini adalah menambah lima cawangan di Indonesia berikutan populasi penduduknya tinggi dan mereka sukakan emas seperti di Malaysia.

 

Menurutnya, pada masa sama syarikat juga bercadang memperluaskan pasaran Public Gold di Indonesia dan Dubai.

 

“Perancangan ini dibuat kerana Dubai merupakan hab antarabangsa yang tertinggi dengan harapan dapat menembusi pasaran Timur Tengah seperti India, selain menambah Public Gold ATM di seluruh negara,” katanya.

 

“Perancangan ini dibuat kerana Dubai merupakan hab antarabangsa yang tertinggi dengan harapan dapat menembusi pasaran Timur Tengah seperti India, selain menambah Public Gold ATM di seluruh negara,” katanya.

 

Louis Ng berkata, sejak 2008 syarikat memperuntukkan RM300 juta untuk diberikan kepada usahawannya.

 

 

Public Gold