Rizab Bank Negara setakat September berjumlah AS$119.72 bilion | DagangNews Skip to main content

Rizab Bank Negara setakat September berjumlah AS$119.72 bilion

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 30 Okt - Aset rizab rasmi Bank Negara Malaysia berjumlah AS$119.72 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$7.1 juta pada akhir September.

 

Bank pusat itu berkata aliran keluar jangka pendek yang telah ditetapkan bagi pinjaman mata wang asing, sekuriti dan deposit.

 

Ini termasuk pembayaran balik berjadual pinjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan mata wang asing Bil Antara Bank Bank Negara berjumlah AS$15.42 bilion.

 

"Kedudukan hadapan pendek bersih berjumlah AS$26.01 bilion pada akhir September 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

 

"Selaras dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing yang timbul daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek," katanya.

 

Bank Negara mengunjurkan aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.66 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang.

 

Satu-satunya pengeluaran bersih jangka pendek luar jangka bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan bagi hutang mata wang asing yang perlu dibayar dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$399.8 juta.

 

"Tiada pinjaman mata wang asing dengan pilihan terbenam, tiada saluran kredit tanpa syarat yang belum dikeluarkan yang disediakan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain.

 

"Bank Negara juga tidak terlibat dalam pilihan mata wang asing berbanding ringgit.

 

"Secara keseluruhannya, pecahan terperinci rizab antarabangsa di bawah format standard penyebaran data khas Tabung Kewangan Antarabangsa menunjukkan bahawa pada akhir September 2024, rizab antarabangsa Malaysia kekal boleh digunakan," tambahnya. - DagangNews.com