T7 Global terima kontrak daripada Hibiscus Oil, sediakan perkhidmatan penyelenggaraan medan minyak PM3-CAA | DagangNews Skip to main content

T7 Global terima kontrak daripada Hibiscus Oil, sediakan perkhidmatan penyelenggaraan medan minyak PM3-CAA

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Jan - T7 Global Bhd menerusi Tanjung Offshore Services Sdn Bhd menerima kontrak daripada Hibiscus Oil & Gas Malaysia Ltd bagi penyediaan perkhidmatan, penyelenggaraan dan pengubahsuaian (MCM) bagi medan minyak PM3-CAA.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu adalah selama enam bulan mulai 19 Disember 2024, dengan pilihan untuk dilanjutkan selama enam bulan, boleh dilaksanakan mengikut budi bicara Hibisicus Oil & Gas.

 

Kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas jumlah modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

 

Projek itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya sehingga tamat kontrak.

 

Faktor risiko yang mempengaruhi kontrak antara lain termasuk risiko pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga kerja mahir, peralatan dan keadaan kawal selia.

 

Bagaimanapun, Tanjung Offshore akan melaksanakan semua usaha yang perlu bagi mengurangkan faktor risiko yang dikenal pasti kerana ia telah mewujudkan rekod prestasi dan kepakaran dalam melaksanakan projek itu.- DagangNews.com