KUALA LUMPUR 16 Okt - TA Securities mulakan liputan ke atas Binastra Corporation Berhad dengan saranan 'beli', memberi sasaran gandaan P/E sebanyak 18 kali dengan pendapatan (EPS) tahun kalendar (CY25) pada harga sasaran (TP) RM2.05 sesaham.
Memandang ke hadapan, firma penyelidikan itu mengunjurkan prospek pendapatan kumpulan yang lebih kukuh disokong oleh buku pesanan terkumpulnya sebanyak RM3.2 billion.
Katanya, Binastra mencapai pertumbuhan hasil yang luar biasa, melonjak daripada RM38.5 juta pada FY22 kepada RM425.2 juta pada FY24.
Pertumbuhan teguh itu didorong oleh pelan penyusunan semula yang berkesan dan aliran masuk projek baharu.
"Margin bersih syarikat merosot daripada dua digit kepada digit tunggal pada FY23 akibat peningkatan kos input dan pelarasan gaji minimum.
"Walaupun begitu, impaknya dijangka terkawal kerana projek margin tinggi yang akan datang dijangka mengimbangi margin rendah kontrak terdahulu," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
TA Seurities berkata, sejajar dengan pertumbuhan hasil yang kukuh, keuntungan bersih teras Binastra melonjak daripada RM4 juta pada FY22 kepada RM40.7 juta pada FY24.
"Pertumbuhan pendapatan itu sebahagian besarnya didorong oleh penambahan buku pesanan baharu setahun sebanyak RM3 juta, RM2.5 juta, RM2.5 juta pada FY25,FY26 dan FY27.
"Buku pesanan tertunggak kukuh berjumlah RM3.2 bilion pada akhir September 2024 serta purata margin bersih 9.6%,9.1%,9.3% bagi tahun FY25, FY26 dan FY27," katanya.
Sementara itu, firma tersebut yakin Binastra mampu mencapai andaian penambahan buku pesanannya, berdasarkan prospek aliran masuk projek yang kukuh didorong oleh pelancaran projek daripada pelanggan utama. - DagangNews.com