Toshiba lancarkan model peti sejuk canggih Japandi berkonsepkan The Artistry of Harmony | DagangNews Skip to main content

Toshiba lancarkan model peti sejuk canggih Japandi berkonsepkan The Artistry of Harmony

Reka bentuk luar peti sejuk japandi semasa majlis pelancaran di Kuala Lumpur
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 3 Okt - Toshiba melancarkan peti sejuk dibawah siri rangkaian Japandi bagi memenuhi permintaan dalam pasaran negara yang semakin meningkat sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu sebagai pengeluar kelengkapan elektronik rumah. 

 

Peti sejuk Japandi yang dilancarkan itu menampilkan konsep "kesenian keharmonian" (The Artistry of Harmony) yang menggabungkan reka bentuk Jepun dan Skandinavia serta menawarkan reka bentuk SeamlessFit slot in yang boleh mengoptimumkan ruang dapur dan mengintegrasikan gaya hidup moden serta praktikal. 

 

PSJ
Peti sejuk japandi yang menwarkan pelbagai teknologi terkini. - Gambar SYAZA/DagangNews

 

Selain daripada reka bentuknya, peti sejuk itu dilengkapi degan OriginFresh yang menawarkan teknologi pengawetan daging dan ikan supaya kualiti makanan tahan lama. 

 

Peti sejuk itu juga menawarkan rumusan teknologi inovatif seperti HydroFresh yang memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran kekal segar, manakala sistem PureAIR mampu menghapuskan 99% bakteria, virus dan etilena, sekaligus menyediakan perlindungan bahan-bahan makanan sehingga 24 jam. 

 

 

 

 

Di samping itu, peti sejuk itu juga menampilkan fungsi Deep Freeze yang boleh membekukan makanan dengan kadar segera iaitu pada -30 darjah celcius bagi memastikan kualiti pemakanan kekal segar. 

 

Toshiba juga melancarkan siri peti sejuk japandi tersebut dalam dua variasi pada harga RM12,429 dan RM12,859 sebuah. 

 

Pengarah Urusan Pemasaran dan Perkhidmatan Toshiba, Steven Yang menjelaskan misi jenama adalah untuk meningkatkan kualiti hidup kelestarian serta mengetengahkan inovasi rumusan teknologi yang lengkap.  

 

 

MD Toshiba
                                 Steven Yang 

 

 

“Siri Japandi juga berfungsi untuk meringankan beban pelanggan dalam menangani urusan harian di rumah disebalik kesibukan.

 

“ Selain itu, sasaran pembeli peti sejuk ini adalah bagi mereka yang mementingkan reka bentuk rumahnya.

 

“Kami mahu peti sejuk ini disepadukan dengan lancar dengan pelan rumah pelanggan kami supaya mereka dapat mencapai gaya hidup yang moden,” kata beliau. 

 

Beliau juga berkata selain daripada pelancaran peti sejuk itu, Toshiba juga akan melancarkan beberapa kelengkapan elektronik rumah baharu di bawah siri yang sama seperti mesin basuh, cerek elektrik, pengering baju dan ketuhar. 

 

“Di bawah siri ini kami akan melancarkan mesin basuh yang juga dilengkapi dengan pengering baju pada Januari 2025.

 

“Lebih satu dekad, Toshiba telah menumpukan kepada penyelidikan dan penyelesaian inovatif dan kami akan teruskan usaha bagi memenuhi keperluan pasaran dan memperluaskan kehadiran jenama di rantau ini,” ujarnya.- DagangNews.com