Tiga kapal peronda kelas Pulau tingkatkan keupayaan rondaan Sarawak Coast Guard | DagangNews Skip to main content

Tiga kapal peronda kelas Pulau tingkatkan keupayaan rondaan Sarawak Coast Guard

Empat kapal peronda laju kelas Pulau milik Sarawak Coast Guard termasuk tiga yang baru diterima.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 24 Julai - Sarawak Coast Guard (Pasukan Pengawal Pantai Sarawak) menerima aset baharu iaitu tiga buah kapal peronda laju kelas Pulau bagi menggandakan lagi kemampuan pasukan tersebut.

 

Kapal peronda sepanjang 25 meter ini direka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku agensi pelaksana dan dibina syarikat Sarawak Slipways Sdn. Bhd.

 

Penerimaan ini melengkapkan enam buah kapal peronda laju kelas Pulau kesemuanya yang mana tiga vesel diserahkan pada November tahun lalu.

 

Kapal-kapal ini dikuasakan dengan teknologi 'water jet'.

 

 Pengarah UKPS, Datu Dr. Chai Khin Chung (dua dari kiri) menyampaikan model kapal peronda laju kelas Pulau kepada Abang Johari.
Pengarah UKPS, Datu Dr. Chai Khin Chung (dua dari kiri) menyampaikan model kapal peronda laju kelas Pulau kepada Abang Johari sebagai simbolik penyerahan kapal tersebut di Miri, Sarawak.
 

 

Perolehan aset baharu itu dapat menampung kekurangan aset agensi keselamatan yang lain bagi mengawal sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang marin di negeri ini.

 

Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM90 juta untuk mendapatkan kapal peronda kelas Pulau itu yang dibentangkan dalam Bajet Sarawak 2020. mula beroperasi, hari ini.

 

Perolehan tersebut adalah inisiatif kerajaan Sarawak selaras dengan objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 dalam meningkatkan kawalan keselamatan persisiran pantai.

 

Aset ini juga mengukuhkan kemampuan Sarawak Coastguard dalam memelihara alam sekitar ke arah Sarawak Negeri Maju pada tahun 2030.

 

Abang Johari mendengar penerangan tentang kemampuan kapal peronda laju kelas Pulau yang diterima.
Abang Johari mendengar penerangan tentang kemampuan kapal peronda laju kelas Pulau yang diterima.

 

Dengan penerimaan aset baharu ini menjadikan kekuatan aset kapal Sarawak Coast Guard meliputi sebuah kapal Catamaran, bot pemintas FIC P-Class (enam) dan sembilan Fast Patrol Boat (FPB). 

 

Semua aset-aset ini dibina oleh limbungan perkapalan tempatan.

 

Perancangan seterusnya ialah untuk mempunyai tiga buah lagi kapal lebih besar yang akan diusahakan untuk menjamin dan meningkatkan keselamatan pesisiran.

 

Aset lebih besar membolehkan Sarawak Coastguard meronda lebih jauh dan lama selaras dengan tanggungjawabnya menjaga lapan Taman Negara Marin di Sarawak.

 

Terdahulu, majlis pelancaran kapal peronda laju kelas Pulau ini telah diadakan pada 18 Julai lalu di pangkalan pasukan itu di Miri yang disempurnakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

 

Abang Johari bersama tetamu lain yang hadir pada majlis penerimaan tiga kapal peronda baru Sarawak Coast Guard di Miri.
Abang Johari bersama tetamu lain yang hadir pada majlis penerimaan tiga kapal peronda baharu Sarawak Coast Guard di Miri.

 

Pada majlis sama juga menyaksikan perasmian Markas Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Miri.

 

Sarawak Coast Guard yang ditubuhkan pada 7 April 2021 merupakan salah sebuah entiti di bawah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri yang mana unit ini dinaungi Jabatan Ketua Menteri. 

 

Sarawak Coast Guard diwujudkan memandangkan negeri ini mempunyai garis pantai yang panjang iaitu 760 kilometer serta mempertingkatkan aktiviti-aktiviti pengawalan pantai bertujuan melindungi sumber asli maritim yang lumayan dan menjaga keselamatan nelayan.

 

Penubuhan ini juga sebagai pelengkap kepada agensi-agensi penguatkuasaan maritim lain sedia ada.  

 

Penubuhan ini juga sebagai pelengkap kepada agensi-agensi penguatkuasaan maritim lain sedia ada.
Penubuhan Sarawak Coast Guard menjadi pelengkap dalam pengawasan perairan negeri itu bersama agensi penguat kuasa sedia ada.

 

Dalam hal ini, Ordinan Perikanan Sarawak 2003 (Cap.54) akan memberi kuasa kepada Sarawak Coast Guard untuk bertindak sebagai pegawai perikanan.

 

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim tempatan, Sarawak Coastguard berkolaborasi dengan agensi negeri dan Persekutuan yang lain dalam menjaga perairan Sarawak. - DagangNews.com