Tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) dijangka siap tahun hadapan, kata APMM | DagangNews Skip to main content

Tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) dijangka siap tahun hadapan, kata APMM

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 13 Sept - Tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) dijangka dihantar kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) awal tahun depan.

 

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Zubil Mat Som berkata, ketiga-tiga kapal itu, yang sepatutnya siap pada 2020, masih dalam pembinaan oleh syarikat tempatan THHE Destini Sdn Bhd di Pulau Indah, Klang.

 

“Pandemik COVID-19 turut menyumbang kepada kelewatan projek.

 

“OPV 1 sepatutnya dilancarkan hari ini, tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana kapal tidak dapat diangkut ke lokasi pelancaran.

 

"Syarikat itu akan bertukar daripada kaedah pelancaran buaian kepada pelancaran belon udara, yang dijangka berlangsung pada 10 Oktober," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


 

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Zubil Mat Som
           Datuk Zubil Mat Som

 


OPV 1 dijangka dihantar kepada APMM awal tahun depan jika semuanya berjalan lancar dan pelancaran dapat dilakukan pada 10 Oktober, katanya.

 

“OPV 2 dan OPV 3 dijangka dihantar secara berperingkat,” katanya.

 

Mohd Zubil berkata agensi itu berharap ketiga-tiga kapal itu dapat disiapkan dan dihantar segera kerana sudah lebih dua tahun dari tarikh penghantaran asal.

 

BACA JUGA: Selepas LCS, kini status kapal OPV APMM pula jadi tanda tanya

 

“Kita amat memerlukan ketiga-tiga kapal itu untuk menegakkan undang-undang maritim di perairan tempatan,” katanya. - DagangNews.com