TikTok Shop raikan usahawan dan pencipta kandungan di #TikTokShopBazarRaya2024 | DagangNews Skip to main content

TikTok Shop raikan usahawan dan pencipta kandungan di #TikTokShopBazarRaya2024

Anas Zahrin diumumkan sebagai ‘TikTok Shop Top Creator’ 2024.

TikTok Shop terus menyemarakkan semangat komuniti penjual, pencipta kandungan, dan usahawan Malaysia dengan mengiktiraf pencapaian perniagaan-perniagaan tempatan pada rumah terbuka #TikTokShopBazarRaya2024 baru-baru ini.

 

Acara malam itu bertujuan meraikan dedikasi para usahawan sepanjang musim Ramadan-Raya ini. Sepanjang Ramadan lalu, usahawan-usahawan ini telah terlibat dalam pelbagai kempen jualan, termasuk #TikTokShopBazarRamadan2024.

 

Ketua Perkongsian TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, TikTok Shop komited untuk memupuk pertumbuhan perniagaan-perniagaan tempatan di Malaysia.

 

"Sepanjang bulan lalu, kami telah menyaksikan kegigihan, kecekalan dan dedikasi usahawan dan pencipta kandungan tempatan. Kami bersyukur atas peluang untuk menyokong perniagaan-perniagaan Malaysia, memacu perkembangan mereka, dan memperkasakan mereka untuk melakar pencapaian baharu dengan merealisasikan potensi penuh mereka di platform kami,” katanya.

 

Kempen itu adalah sebahagian daripada inisiatif #JomLokal TikTok Shop, yang diperkenalkan pada 2023 untuk memperjuangkan keusahawanan Malaysia dan menyokong perniagaan tempatan. Pada masa ini, 96% penjual di TikTok Shop adalah penjual tempatan, bukti komitmen TikTok Shop untuk menonjolkan bakat tempatan.

 

 

parafrasa

 

 

Sepanjang kempen ini, TikTok Shop mencatatkan perkara berikut:

  • 5.9 bilion jumlah tontonan kandungan sepanjang tempoh Ramadan-Raya
  • Pertumbuhan 137% dari segi kandungan Ramadan-Raya berbanding 2023
  • Pertumbuhan penjual 86% tahun ke tahun untuk kempen Ramadan-Raya
  • Penjual mencapai purata pertumbuhan jualan sebanyak 153%
  • Jumlah khimar (tudung labuh) yang dijual di TikTok Shop adalah kira-kira 532 kali ganda ketinggian Menara Berkembar PETRONAS (452m)

 

Memperkasakan pertumbuhan komuniti penjual

Komuniti penjual dan pencipta kandungan telah diiktiraf berdasarkan kategori masing-masing, iaitu Elektronik, Gaya Hidup, Fesyen, dan Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG).

 

Kriteria anugerah tersebut adalah berdasarkan kadar pertumbuhan sepanjang tempoh Ramadan-Raya dari segi peratusan jualan berbanding tahun sebelumnya, kekerapan jualan penstriman langsung, dan prestasi sepanjang kempen itu.

 

 

tiktok
Zason Wu, Pengurus Negara TikTok Shop Malaysia

 

 

Pada acara itu, tiga penjual terbaik daripada setiap kategori telah menerima anugerah yang mengiktiraf usaha dan kreativiti mereka dalam mempromosikan produk melalui pengalaman ‘shoppertainment’ yang menarik di TikTok Shop.

 

Penjual terbaik bagi setiap kategori adalah seperti berikut - Elektronik: @savebajet; Gaya Hidup: @DESSINIMalaysia; Fesyen: @pandaeyes; dan FMCG: @SkintificMalaysia.

 

Sepanjang tahun ini, TikTok Shop gigih merevolusikan pendekatannya dengan pengenalan metodologi ACE (Kepelbagaian, Kandungan, Pemerkasaan), satu rangka kerja yang direka untuk memperkasakan jenama dan penjual serta memupuk peluang pertumbuhan di platformnya.

 

Strategi inovatif ini membolehkan penjual mengoptimumkan pendapatan dan memacu pertumbuhan jenama melalui pemasaran pencipta kandungan, pengiklanan bersasar, penghasilan kandungan terpilih, serta penglibatan dengan penonton melalui siaran kandungan.

 

Bagi meraikan konsep ACE tersebut, TikTok Shop juga menyediakan Anugerah Kecemerlangan ACE yang mengiktiraf penjual cemerlang merentasi pelbagai kategori, termasuk @Emajie (FMCG), @savebajet (Elektronik), @mybookcafe (Gaya Hidup) dan @pandaeyes (Fesyen), yang masing-masing mempamerkan inovasi, penglibatan pelanggan dan kepimpinan pasaran melalui kepelbagaian, kandungan dan penglibatan yang berkesan.

 

Acara itu juga meraikan peserta-peserta lain dalam komuniti TikTok Shop dengan Visa, Malayan Banking Berhad, Zus Coffee, HAUSBOOM dan Bulan Bintang dinobatkan sebagai rakan kongsi terbaik.

 

Di samping itu, TOTAL MARKETING telah dinamakan sebagai ‘Penyedia Penyelesaian (TSP) TikTok Shop yang Terbaik’, manakala STORE N GO ACADEMY telah diiktiraf sebagai ‘Rangkaian Berbilang Saluran yang Terbaik’.

 

Mengiktiraf Pencipta Kandungan Tempatan Paling Cemerlang

Acara kemuncak malam itu adalah penyampaian anugerah ‘Top Creator’, ‘Top Rising Creator’ dan ‘Top Local Seller’, yang masing-masing diungguli oleh @anaszahrin , @nl.alchemist dan @Ladybossrafa98. @anaszahrin telah mencapai pertumbuhan memberangsangkan dengan jualan melebihi 6000% berbanding musim Ramadan-Raya tahun lepas.

 

Tiga produk terlarisnya ialah ‘ANAS Set Makeup Mega Viral’, ‘ANAS Lip Butter with Vitamin E and Shea Butter’ dan ‘ANAS Butter Balm Lipstick with Shea Butter and Vitamin E’.

 

 

iktisad
 Ladybossrafa98 ‘TikTok Shop Top Local Seller’

 

 

Beliau mengaitkan kejayaannya dengan tawaran produk yang berkualiti dan menarik pada harga berpatutan, supaya sesiapa sahaja dapat kelihatan dan berasa lebih menarik dan yakin, khususnya semasa musim perayaan.

 

“Semasa kempen Ramadan, saya perlu menghasilkan kandungan dan membuat siaran langsung sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kunci utama adalah melakukan siaran langsung pada waktu puncak apabila orang ramai dapat menonton kandungan saya.

 

"Jadi, saya akan memanjangkan sesi siaran langsung pada waktu itu. Bagi saya, kita perlu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan supaya mereka akan mempunyai pengalaman hebat dan kembali membeli produk saya!

 

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TikTok Shop kerana memberi saya peluang untuk membina komuniti untuk jenama saya,” kongsi Anas.

 

 

terengganu

 

iktisad
Hael Husaini dan Soul Brothers menghiburkan tetamu TikTok Shop Malaysia

 

 

Sepanjang malam acara itu, para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Hael Husaini dan Soul Brothers.

 

Selain itu, mereka berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti tradisional yang menggamit kenangan ‘balik kampung’ masa dahulu seperti batu seremban dan congkak, serta singgah ke kiosk-kiosk rakan kongsi seperti HAUSBOOM, Zus Coffee dan Maybank Visa.

 

Sepanjang tahun ini, TikTok Shop akan terus menyokong, memperkasa dan memacu pertumbuhan usahawan dan perniagaan kecil tempatan bagi memacu ekonomi digital negara menerusi kempen sedemikian dan inisiatif-inisiatif tempatan lain seperti #JomLokal.

 

Sebagai platform yang memberi peluang kepada jenama daripada semua saiz untuk berkembang maju, TikTok Shop berazam untuk mengorak langkah bersama jenama-jenama ini ke arah mencapai kejayaan. - DagangNews.com