Oleh MUHAMMAD ARIF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Tomypak Holdings Berhad (Tomypak) berjaya mencatatkan keuntungan bersih syarikatnya berjumlah RM3.7 juta bagi suku kedua 2020.
CGS-CIMB dalam nota kajiannya berkata, jumlah keuntungan tersebut adalah termasuk potensi keuntungan bersih pertukaran mata wang asing (forex) sebanyak RM496,000 dan RM227,000 bagi elaun inventori.
"Ini merupakan suku tahun pertama Tomypak mencatatkan keuntungan sejak suku tahun ketiga 2018.
"Peningkatan 76.7% dalam penjualan eksport berbanding suku tahun sebelumnya berjaya menyumbang kepada peningkatan pendapatan suku tahun kedua 2020 sebanyak 45% berbanding suku tahun 2019," jelas CGS-CIMB Research.
Sementara itu, Tomypak juga mencatatkan peningkatan dalam jualan domestiknya sebanyak 3.9% berbanding suku tahun sebelumnya.
Dalam pada itu, nilai eksport kumpulannya turut meningkat 29.4% pada separuh tahun pertama 2020.
Peningkatan tersebut dilihat memadai untuk menampung jumlah kerugian yang dicatat melalui jualan domestik pada tahun lalu sebanyak 20.4%.
CGS-CIMB turut menjangkakan jumlah keuntungan bersih Tomypak bagi tahun kewangan 2020 hingga 2022. meningkat kepada RM10.9 juta hingga RM14.9 juta.
Jangkaan tersebut adalah lebih tinggi berbanding ramalan kerugian bersih iaitu antara RM600,000 hingga RM3 juta.
Harga saham Tomypak juga telah meningkat dua kali ganda kepada 81 sen hanya dalam masa dua bulan susulan prestasi pasaran yang baik di peringkat kumpulan. - DagangNews.com