Top Glove, Kossan & Hartalega dominasi kedudukan singkat bersih minggu lalu | DagangNews Skip to main content

Top Glove, Kossan & Hartalega dominasi kedudukan singkat bersih minggu lalu

Top Glove

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Tiga syarikat pengeluar sarung tangan getah, Top Glove Corporation Berhad (Top Glove), Kossan Rubber Industries Bhd. (Kossan) dan Hartalega Holdings Bhd. (Hartalega) mendominasi jumlah kedudukan singkat bersih (short position) pada 11 Februari 2021.

 

CGS-CIMB Research berkata,  jumlah kedudukan singkat bersih Top Glove susut kepada 2.83% pada 11 Februari berbanding 2.98% pada 5 Februari.

 

"Kossan dan Hartalega turut mencatatkan penurunan dalam jumlah kedudukan singkat bersih daripada 2.04% dan 1.34% pada 5 Februari lalu kepada 1.99% dan 1.33%.

 

"Kedudukan tersebut disusuli oleh Maxis, Supermax, Insas dan Mah Sing dalam 20 syarikat yang tersenarai," jelas CGS-CIMB Research.

 

Dalam pada itu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia menghentikan sementara penangguhan jualan singkat terkawal (RSS) pada 1 Januari 2021.

 

Bagaimanapun, pengenalan semula perkara tersebut disertakan dengan langkah kawalan termasuk pengurangan sementara had kedudukan singkat harian yang diluluskan sekuriti adalah dari 3% hingga 2% kepada 4% mengikut kedudukan singkat bersih RSS.

 

Penangguhan sementara jualan singkat dalam sehari dan jualan singkat dalam sehari oleh peniaga hari proprietari (penjualan singkat PDT) telah dilanjutkan sehingga 28 Februari 2021.

 

Pada awalnya penangguhan tersebut ditetapkan hingga 31 Disember 2020. - DagangNews.com