Transaksi 'mencurigakan' heret saham HSBC Hong Kong jatuh ke tahap terendah sejak 1995 | DagangNews Skip to main content

Transaksi 'mencurigakan' heret saham HSBC Hong Kong jatuh ke tahap terendah sejak 1995

HSBC Hong Kong

HONG KONG 21 Sept. - Saham HSBC Hong Kong mencatatkan kejatuhan pada paras rendah selepas isu berkaitan penglibatan bank tersebut dalam pemindahan dana meragukan mula tersebar.

Kejatuhan saham yang dicatatkan oleh HSBC Hong Kong adalah yang terendah sejak tahun 1995.

"Saham HSBC di Hong Kong 000.5HK turun sebanyak 4.4% kepada HK$ 29.60 pada pagi tadi.

"Nilai tersebut adalah terendah sejak Mei 1995," jelas Reuters dalam laporannya hari ini.

Beberapa bank besar global didakwa melakukan pemindahan wang dipercayai daripada sumber haram sepanjang dua dekad hingga 2017.

Aktiviti meragukan itu difailkan oleh bank dan firma kewangan lain bersama Treasury's Financial Crimes Enforcement Network (FinCEN).

Baca: 23 transaksi melibatkan bank-bank Malaysia dikenal pasti sebagai 'mencurigakan'

Antara bank yang banyak disebut dalam laporan berkenaan ialah HSBC, JP Morgan Chase, Deutsche Bank, Standard Chartered dan Bank of New York Mellon.

Sementara itu, Standard Chartered Bank turut menerima kejatuhan saham akibat isu yang sama.

"Saham Standard Chartered 2888.HK jatuh sebanyak 3.8% kepada HK$35.80.

"Nilai tersebut adalah terendah sejak 25 Mei tahun ini," jelas Reuters. - DagangNews.com