TT Vision raih kontrak RM14 juta peralatan pemeriksaan solar | DagangNews Skip to main content

TT Vision raih kontrak RM14 juta peralatan pemeriksaan solar

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Mei - Unit milik penuh TT Vision Holdings Bhd, TT Vision Technologies Sdn Bhd memperoleh tempahan pembelian bernilai AS$3.15 juta (RM14.02 juta) untuk peralatan pemeriksaan dan pengasingan sel solarnya.

 

Dalam makluman Bursa Malaysia, kontrak itu, yang akan dipenuhi dalam tempoh lapan hingga sembilan bulan, telah dianugerahkan oleh 'pemimpin global dalam inovasi solar', kata syarikat itu, tanpa menamakan pelanggan.

 

Ini adalah kontrak ketiga yang diterima oleh pembuat peralatan penglihatan yang berpangkalan di Pulau Pinang tahun ini. Pada Mac, ia menerima tempahan berjumlah RM23.6 juta, diikuti RM6.05 juta pada April.

 

Menurut pemfailan TT Vision, kontrak terbaharu itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

 

TT Vision turun lima sen atau 4.67% kepada RM1.02, diterjemahkan kepada permodalan pasaran RM477.36 juta. Saham telah jatuh 20.31% sejak awal tahun. - DagangNews.com