Tun Dr Mahathir sedih kekalahan Pejuang, akan tumpu kepada bidang penulisan | DagangNews Skip to main content

Tun Dr Mahathir sedih kekalahan Pejuang, akan tumpu kepada bidang penulisan

KUALA LUMPUR 23 Nov - Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku sedih dengan kekalahan Parti Pejuang Tanahair yang mengganti Gerakan Tanah Air (GTA) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lepas.

 

Negarawan ulung ini akan memberi tumpuan kepada penulisan dan terbuka ditemuduga oleh penulis.

 

"Saya sebagai pengerusi Pejuang sedih. Tetapi saya terima pilihan rakyat.

 

"Saya harap pihak yang menang akan mendiri Kerajaan Malaysia," katanya dalam hantaran di laman rasmi media sosialnya hari ini.

 

Menurut Tun Dr Mahathir, oleh kerana Pejuang kalah semua 125 kawasan yang dipertandingkan, Pejuang tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam dewan.

 

"Segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksalah digugur. Yang boleh dilakukan oleh Pejuang ialah melihat arah pemerintahan pihak yang menang.

 

"Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi Kerajaan Malaysia akan dapat pulih segala masalah yang akan dihadapi oleh negara," kata beliau.

 

Menurutnya, beliau akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara.

 

"Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British.

 

"Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis," kata beliau. - DagangNews.com