Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Para pekebun kecil kini boleh menuntut Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan pengeluaran bulan Oktober 2020 bermula 1 hingga 30 November depan.
Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, pada bulan Oktober 2020, harga purata peringkat ladang bagi ‘cuplump’ di Semenanjung bernilai RM2.40 sekilogram, Sabah (RM2.10/kg) dan Sarawak (RM2.15/kg).
“Adalah dimaklumkan mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.
“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan pengeluaran bulan Oktober 2020 mulai 1 hingga 30 November 2020,” kata LGM dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, IPG TERAKTIF bagi bulan Oktober 2020 di Semenanjung pula bernilai RM0.10 sekilogram, , Sabah (RM0.40/kg) dan Sarawak (RM0.35/kg). - DagangNews.com