UBB Investment Bank meterai kerjasama strategik dengan PPZ-MAIWP | DagangNews Skip to main content

UBB Investment Bank meterai kerjasama strategik dengan PPZ-MAIWP

Pengenalan Amanah Liawm Mumtir, perkhidmatan amanah patuh syariah oleh Aida Othman, Pengarah Urusan, UBB Amanah Berhad (dua dari kiri) bersama Dato' Razman Mohd Noor, Pengerusi UBB Investment Bank Limited (kanan), dan Razlan Raghazli, Ketua Eksekutif Pegawai, UBB Investment Bank Limited.

KUALA LUMPUR 30 Ogos - UBB Investment Bank Limited (UBB IB), sebuah anak syarikat milik penuh UBB Amanah membentuk kerjasama strategik dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

 

Kerjasama ini merupakan suatu kejayaan yang bertujuan menyediakan perkhidmatan menyeluruh dan patuh shariah di samping menggalakkan pengeluaran zakat dalam kalangan pelanggan Islam dan membantu pungutan zakat.

 

Memorandum Pelantikan (MoA) ini mengukuhkan komitmen dalam menyediakan perkhidmatan kewangan holistik selaras dengan tuntutan agama yang seterusnya membuka jalan ke arah pengurusan sumbangan zakat oleh pelanggan bagi pihak PPZ-MAIWP. Kerjasama ini adalah lebih daripada kolaborasi kewangan; ia mewakili gabungan lancar bagi kepakaran kewangan dan tanggungjawab keagamaan. Dengan menawarkan perkhidmatan perbankan pelaburan yang telus, UBB IB membolehkan pelanggan berjaya dari segi kewangan dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

 

Menyentuh mengenai kerjasama itu, Dato’ Razman Mohd Noor, Pengerusi UBB Investment Bank Limited berkata, “Dalam usaha berterusan kami untuk menyediakan penyelesaian holistik kepada pelanggan yang dihargai, kami gembira dapat memperkenalkan perkhidmatan baru yang memudahkan pengurusan zakat yang turut mengutamakan ketelusan dan amanah. Kami gembira menjadi bank pelaburan perintis yang bekerjasama sebagai rakan pungutan bagi pihak PPZ-MAIWP.”

 

“Kami di UBB IB berbangga menjadi pemangkin yang membolehkan pelanggan mencapai kejayaan dalam pengurusan kekayaan dan perlindungan legasi. Melaluinya, kami akan dapat membantu meningkatkan sumbangan zakat di samping memastikan pelaksanaan tanggungjawab,” menurut Dato’ Razman.

 

MoA itu ditandatangani oleh Dato’ Razman Mohd Noor, Pengerusi UBB Investment Bank Limited, dan Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengerusi, PPZ-MAIWP.

 

Turut hadir pada majlis itu adalah Razlan Raghazli, Ketua Pegawai Eksekutif, UBB Investment Bank Limited, dan Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.


 

UBB
Dato' Razman Mohd Noor menyampaikan cek kepada Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman (dua dari kiri) bersama Razlan Raghazli dan Abdul Hakim Amir si Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2023.


 

Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, “Kami gembira kerana UBB Investment Bank menjadi rakan strategik bagi membantu menguruskan kutipan zakat dalam kalangan pelanggan Islam Malaysia, dan memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan tenang. Kami yakin bahawa UBB IB akan menguruskan perkara ini dengan berkesan dan selamat.”

 

“Kami sentiasa bersedia membentuk gabungan dengan pelbagai rakan untuk menawarkan kepada umat Islam kemudahan melaksanakan tanggungjawab mereka. Sehingga kini, kami telah bekerjasama dengan lebih 100 buah organisasi dan institusi,” kata Dr. Abdul Aziz.    

 

UBB IB akan menawarkan perhidmatan kutipan zakat di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. 

 

Berikutan majlis tandatangan itu, UBB Amanah Berhad, sebuah syarikat amanah berlesen penuh dengan lebih daripada tiga dekad pengalaman dalam perkhidmatan amanah telah memperkenalkan perkhidmatan amanah patuh shariah yang dikenali sebagai ‘Amanah Liawm Mumtir’ (ALM) yang bermaksud menyimpan wang tunai untuk hari susah.

 

Produk amanah baru ini diwujudkan bagi membolehkan individu dan badan korporat menyimpan di ALM. UBB Amanah komited dalam melindungi dan memastikan pewaris mendapat akses kepada dana berkenaan sekiranya berlaku kematian atau perkara yang tidak diingini, suatu dedikasi dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang beretika dan bertanggungjawab. - DagangNews.com