UEM Sunrise jemput ke Rumah Terbuka Raya secara maya, rebut tawaran istimewa | DagangNews Skip to main content

UEM Sunrise jemput ke Rumah Terbuka Raya secara maya, rebut tawaran istimewa


KUALA LUMPUR 12 Mei – Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, UEM Sunrise Berhad melancarkan kempen terbaru yang bertemakan Riang Ria Raya Ceria’ untuk membawa kemeriahan dan kegembiraan kepada orang ramai di rumah-rumah terbuka UEM Sunrise secara maya.

 

Melalui kempen ini, para pembeli rumah juga dapat menikmati kaedah pembelian rumah yang mudah di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) kerajaan yang akan berakhir pada 31 Mei, serta duit raya, baucar dan hadiah-hadiah cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM10,000.

 

Walaupun masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa di seluruh negara, ‘Riang Ria Raya Ceria’ bertujuan menyebarkan sikap optimisme dan positif ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan karib di rumah masing-masing serta di rumah terbuka maya yang dianjurkan oleh UEM Sunrise.

 

Tiga belas pembangunan UEM Sunrise yang ternama dan berkualiti tinggi di Johor dan Lembah Klang akan ditawarkan untuk kempen ‘Riang Ria Raya Ceria’. Di Johor, para pembeli rumah berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah baucar HABIB Jewels bernilai RM2,000 hingga RM10,000.

 

Kempen ‘Riang Ria Raya Ceria’ juga akan menyaksikan pembukaan tirai bagi KAIA Heights –  projek terbaru UEM Sunrise yang merupakan sebuah kediaman bertingkat di puncak bukit Equine Park, Seri Kembangan.

 

Terletak di atas dataran tinggi bertingkat yang dikelilingi oleh Persiaran Equine Perdana dan Jalan Equine, setiap unit dalam pembangunan 19.24-ekar ini mempunyai pemandangan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Bukit Jalil atau Hutan Simpan Ayer Hitam yang sungguh menakjubkan. Pembeli-pembeli KAIA Heights juga akan menikmati duit raya bernilai RM5,888.

 

uem sunrise
KAIA Heights –  projek terbaru UEM Sunrise yang merupakan sebuah kediaman bertingkat di puncak bukit Equine Park, Seri Kembangan.

 

“Inilah tahun kedua kami menyambut Hari Raya Aidilfitri di bawah pelaksanaan PKP, tetapi kami masih amat bersyukur dan ingin membawa kemeriahan dan kegembiraan dari rumah UEM Sunrise ke rumah anda. Pembelian rumah merupakan sesuatu keputusan yang besar, oleh itu kami ingin terus memberi pengalaman yang menarik kepada para pelanggan dalam pembelian projek-projek kami,” kata Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise Kenny Wong.

 

“Dengan berakhirnya Kempen Pemilikan Rumah Kerajaan pada bulan ini,  ia menandakan peluang terakhir untuk anda menikmati faedah-faedahnya serta pengecualian duti setem,” tambah beliau.

 

Dalam kempen aktivasi digital untuk mendorong keterujaan dan menghiburkan para pelanggan, UEM Sunrise akan menyiarkan siri video di mana tuan rumah akan menjemput penonton-penonton ke rumah terbuka maya.

 

Pada masa yang sama, tuan rumah berkenaan akan menceriakan mereka dengan meliputi pandangan persekitaran terhadap pakaian Hari Raya serta pelbagai juadah yang lazat seoalah-olah persekitaran yang nyata.

 

Dengan menjawab jemputan video tersebut, wakil jualan syarikat yang mesra akan membawa para pelanggan untuk menikmati lawatan rumah terbuka maya secara keseluruhan di mana mereka boleh membayangi kegembiraan, potensi dan peluang yang akan dibawa oleh rumah UEM Sunrise.

 

uem sunrise

Sebagai lanjutan usaha berterusan UEM Sunrise untuk memberi pengalaman pelanggan yang lebih baik dan selesa, para pelanggan bebas untuk meneroka projek yang tertentu dalam pencarian rumah impian mereka di laman web yang dinaik taraf termasuk lawatan unit pameran secara maya 360°, sembang langsung dengan kakitangan khidmat pelanggan dan kalkulator pinjaman pengiraan. - DagangNews.com