UEM Sunrise lantik Datuk Amran Hafiz Affifudin sebagai ahli lembaga pengarah | DagangNews Skip to main content

UEM Sunrise lantik Datuk Amran Hafiz Affifudin sebagai ahli lembaga pengarah

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 22 Julai - UEM Sunrise Bhd melantik Datuk Amran Hafiz Affifudin sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif berkuat kuasa 19 Julai.

 

Amran, 50, kini merupakan pengarah eksekutif dan ketua kumpulan pembangunan aset, yang menyelia Pelaburan Malaysia Khazanah Nasional Bhd.

 

Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1997 di PETRONAS, memberi tumpuan kepada kewangan korporat dan perbendaharaan. Beliau kemudiannya berpindah ke ekuiti persendirian sebelum menyertai Khazanah pada 2011.

 

Amran dilantik sebagai ahli lembaga pengarah UEM Group Bhd pada 15 April 2022 dan kemudiannya dilantik semula sebagai pengerusi pada 1 Jan 2023.

 

Beliau kini turut menduduki Lembaga Pengarah Malaysia Airports Holdings Bhd, UEM Edgenta Bhd, UEM Lestra Bhd, PLUS Malaysia Bhd, PLUS Expressways International Bhd, Projek Lebuhraya Usahasama Bhd, Cement Industries of Malaysia Bhd, Cenergi SEA Bhd, UEM Builders Bhd, Iskandar Investment Bhd, Konsortium ProHAWK Sdn Bhd dan beberapa entiti swasta lain.

 

Amran berkelulusan B.Sc. dalam Perdagangan, pengkhususan dalam perakaunan dan kewangan dari McIntire School of Commerce di University of Virginia, Amerika Syarikat. - DagangNews.com