UiTM iktiraf usaha warga universiti martabat inovasi dan kualiti perkhidmatan | DagangNews Skip to main content

UiTM iktiraf usaha warga universiti martabat inovasi dan kualiti perkhidmatan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Dis - Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganjurkan Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti bagi meningkatkan kesedaran warga universiti terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja, pembudayaan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan.

 

Selain itu, penganjuran tersebut juga mempelbagaikan dimensi kreativiti dan inovasi dalam prosedur kerja serta meningkatkan kecekapan ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

 

Justeru, pihak universiti berbesar hati memberi pengiktirafan dan anugerah kepada PTJ dan staf UiTM yang menunjukkan kecemerlangan pembudayaan kualiti secara holistik.

 

Pengiktirafan itu, melalui pertandingan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC), Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Anugerah Kecemerlangan Operasi (OE). 

 

Pada tahun ini, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) dipilih sebagai penganjur. 

 

Anugerah lain seperti Global Prominence Award (GPA), Anugerah Pentadbir UiTM (APU) dan Anugerah Khas Pentadbir Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM) juga akan disampaikan pada Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM. 

 

Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin, yang turut dihadiri oleh pengurusan eksekutif universiti. - DagangNews.com