UiTM perkukuh pendidikan pembangunan Wakaf Produktif | DagangNews Skip to main content

UiTM perkukuh pendidikan pembangunan Wakaf Produktif

Oleh Dr. Muhammad Hafiz Ali

Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini memperkasa pengetahuan ilmu wakaf kini dengan melihat wakaf bukan sahaja meliputi yang berbentuk konvensional seperti tanah perkuburan, masjid dan madrasah.

 

Melalui pengurusan yang lebih strategik, wakaf boleh menjadi aset produktif yang digunakan untuk meningkatkan akses kepada kemudahan awam di sesebuah negara termasuk pendidikan.

 

Dalam usaha UiTM meliteralisasikan wakaf atau wakaf produktif termasuk dalam sedekah yang pahalanya tidak terputus walaupun yang berwakaf sudah tiada di dunia asalkan manfaatnya terus mengalir kepada mauquf alaih (penerima).

 

Pengurusan wakaf produktif kini mempunyai potensi yang tidak kurang pentingnya dengan negara lain yang berpenduduk Islam.

 

Di atas perkembangan ini UiTM Cawangan Negeri Sembilan Malaysia telah menjalinkan kerjasama tiga penjuru bersama Sekolah Tinggi Agama Islam Miftahul Ulum (STAIM) Lumajang dan Bank Syariah Indonesia bagi memperkasa kefahaman para mahasiswa mengenai wakaf produktif.

 

Ini adalah kaedah memperkasa dan meliteralisasikan wakaf produktif melalui ruang lingkup pendidikan tnggi. Kaedah ini juga dilihat sebagai salah satu gabungan antara teori dan aplikasi antara institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negara yang juga melibatkan pemain industri.

 

Pelaksanaan kerjasama dihadiri sendiri oleh Dr. Siti Sara Ibrahim, Timbalan Rektor Penyeledikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIMA) UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Mochammad Hisan, S.Psi., M.Sos, Ketua STAIM Lumajang di Hall Aula STAIM Lumajang, Khamis, 29 Februari 2024.

 

 

parafrasa

 

parafrasa

 

parafrasa

 

 

Melalui kerjasama ini kedua-dua istitusi pendidikan tinggi merancang untuk menguatkan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, terutama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan wakaf produktif.

 

Dalam bidang pendidikan kerjasama akan diperkukuhkan dengan pertukaran mahasiswa dan pensyarah, mahasiswa dari kedua-dua institusi pendidikan tinggi akan memdapat pengalaman sebenar menjalani latihan industri melalui kerjasama bersama Bank Syariah Indonesia.

 

Kerjasama tiga penjuru di peringkat antara bangsa ini dilihat akan menjadi teras utama menggerakkan wakaf produktif di dalam pendidikan tinggi semenjak ulama dan ilmuwan Islam mengembangkan ilmu wakaf, maka istilah wakaf yang dinamakan wakaf produktif dibangunkan melalui matlamat pembangunan mampan.

 

Wakaf produktif ialah kaedah pengurusan wakaf yang berorientasikan menjadikan aset wakaf menghasilkan lebihan atau keuntungan yang mampan.

 

Ini juga adalah selaras dengan apabila ramai umat Islam, institusi kewangan dan kerajaan Islam mula sedar bahawa kehadiran wakaf boleh memberi banyak manfaat untuk kesejahteraan sesebuah masyarakat.

 

Seperti yang dibangunkan di negara-negara seperti Arab, Turki, Singapura atau Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut, berikut adalah beberapa fakta tentang wakaf produktif yang boleh anda pelajari.

 

Melalui pengembangan ini objek wakaf produktif boleh berupa benda bergerak, wang, logam, atau benda tidak bergerak seperti bangunan, rumah, tanah, tanah, dan sebagainya.

 

Sekiranya terdapat lebihan atau keuntungan daripada aset wakaf tersebut, ia akan digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan rakyat seperti pendidikan, kesihatan berkualiti untuk fakir miskin, atau menguruskan pelbagai aset ekonomi yang lain.

 

Sudah tentu wakaf produktif ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

 

 

parafrasa

 

parafrasa

 

 

Melalui kerjasama tiga penjuru antarabangsa ini UiTM Cawangan Negeri Sembilan dilihat akan memberikan memberikan penumpuan utama pada kerjasama dengan STAIM Lumajang dari aspek teori wakaf melihatkan kekuatan institusi ini dalam mengusai bidang fiqh dan hadith.

 

Dengan ini UiTM pada umumnya, dengan kerjasama ini akan dapat lebih memperkaya dan memperkukuhkan kajian-kajian lapangan yang dilakukan secara praktikal.

 

Menurut, Dr. Siti Sara Ibrahim, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIMA) UiTM Cawangan Negeri Sembilan “Selama ini kita dalam melakukan penyelidikan yang lebih fokus pada hal-hal pengurusan wakaf, maka saya berkeyakinan dengan kerjasama ini akan banyak mendapatkan masukan teori-teori sehingga hasilan penyelidikan yang dihasilkan akan lebih holistik”.

 

Kegiatan kerjasama STAIM Lumajang, UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Bank Syariah Indonesia ini diakhiri dengan seminar antarabangsa dengan tema “Waqf Productive Management in Realizing Sustainable Development Goals (SDGs)”.

 

Selain Dr. Siti Sara Ibrahim, hadir juga turut hadir Prof. Dr. Noor Haristuddin, (Dekan Universiti Islam Negeri KHAS Jember sekaligus merangkap Ketua Pengkajian dan Fatwa MUI Jawa Timur).

 

Dalam penyampaian penutupnya Prof. Harist menjelaskan Wakaf Produktif mampu menjadi jalan alternatif dunia pendidikan untuk mendapatkan keperluan dana-dana penyokong yang diperlukan untuk mengembangkan infrastruktur pendidikan. - DagangNews.com

 

Dr. Muhammad Hafiz Ali adalah Koordinator Perbankan & Kewangan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan