UiTM santuni anak-anak yatim pusat jagaan Walidaina menerusi program We Care Rembau | DagangNews Skip to main content

UiTM santuni anak-anak yatim pusat jagaan Walidaina menerusi program We Care Rembau

Seramai 12 fasilitator dari UiTM Kampus Rembau bergambar bersama 20 anak yatim dari Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina menerusi program Team Building with Kids: We Care Rembau di Rembau, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Jun - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau menganjurkan projek 'Team Building with Kids: We Care Rembau' dengan Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina baru-baru ini, dalam usaha mempromosikan nilai kasih sayang dan keprihatinan kepada komuniti setempat serta mendidik nilai kemanusiaan kepada masyarakat.

 

Ia merupakan projek subjek kokurikulum di bawah pengurusan acara universiti berkenaan yang memberikan ruang serta pengalaman kepada pelajar bagi menyediakan kertas kerja, penghasilan projek serta mengumpulkan dana bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan sebuah program itu.

 

Penganjuran program juga bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai komuniti kurang bernasib baik, yang mana masih lagi mendapat perhatian dan kasih sayang. 

 

Pengurus Projek, Arriesha Nabilah berkata, projek itu bukan sahaja memberikan pemahaman terhadap hubungan kerjasama antara ahli pasukan sebaliknya pendekatan terhadap komuniti yang terjalin bersama pusat jagaan itu.

 

"Saya percaya bahawa program ini memberi impak kepada masyarakat di mana mereka dapat mengetahui lebih mendalam mengenai tatacara untuk mendekatkan lagi mereka dalam mengeratkan hubungan kasih sayang terhadap anak yatim ini.

 

"Projek ini juga menggalakkan pelajar UiTM sebagai penganjur untuk merapatkan hubungan dengan komuniti setempat," katanya dalam kenyataan.

 

Katanya, fokus utama program itu adalah aktiviti berkaitan dengan hubungan kerjasama serta memastikan pendedahan hubungan luar kepada anak-anak di pusat jagaan anak yatim tersebut mampu berkomunikasi dengan komuniti luar.

 

 

uitm

 

 

uitm

 

 

"Semua peserta yang mengikuti aktiviti perlu menyelesaikan misi terutamanya dalam memastikan jaringan komunikasi dua komuniti yang berbeza ini dapat terbina dan seterusnya diperkukuhkan," katanya.

 

Sementara itu, penasihat projek yang juga pensyarah, Ahmad Syakir Salman menyifatkan projek komuniti itu sebagai satu usaha dalam mengembalikan nilai etika kemanusiaan yang seharusnya dipupuk kembali terutamanya setelah pandemik.

 

 

uitm

 

 

uitm

 

 

Katanya, hubungan kerjasama antara universiti bersama pusat jagaan itu diharapkan dapat terus dijadikan batu asas utama dalam mengembalikan nilai insaniah yang perlu dipupuk terutamanya dalam komuniti anak muda pada terutamanya dalam menjaga hubungan sosial yang lebih pragmatik," katanya. - DagangNews.com