KUALA LUMPUR 9 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, memerintahkan Bank Negara Malaysia (BNM) membayar ganti rugi RM366,062 kepada bekas pengurusnya yang dipecat kerana terbabit dengan aktiviti politik.
Selain itu, BNM turut diarah supaya membayar RM50,000 sebagai kos.
Pampasan itu diputuskan oleh Hakim, Datuk Ahmad Bache, ketika prosiding untuk taksiran ganti rugi hari ini, menurut laporan Berita Harian.
Pada 29 Mac lalu, Mahkamah Tinggi mendapati pemecatan Y Kohila yang juga aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 19 Julai 2017 adalah menyalahi undang-undang kerana prosedur pemecatan adalah tidak sah, tidak adil dan bertentangan keadilan semula jadi.
Kohila diwakili oleh Peguam Kanan, Datuk S Ambiga.
Keputusan pampasan hari ini turut dikongsi Parti Sosialis Malaysia (PSM) menerusi akaun media medianya. - DagangNews.com