CIMB umum pelantikan Haniz Nazlan sebagai CEO perbankan, dalam rombakan terbaharu struktur kepimpinan | DagangNews Skip to main content

CIMB umum pelantikan Haniz Nazlan sebagai CEO perbankan, dalam rombakan terbaharu struktur kepimpinan

Gambar NAIM AZIZ/Dagangnews
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 17 Jan - CIMB Group Holdings Bhd mengumumkan perubahan kepada struktur pasukan kepimpinan kanannya, memperkukuh komitmennya untuk membina organisasi yang dipacu tujuan, diperkasa dan dinamik.

 

Ketua Pegawai Eksekutif  Pengguna Kumpulan Dan Perbankan Digital CIMB, Effendy Shahul Hamid, telah meletak jawatan untuk mengejar kepentingan lain.

 

Kumpulan itu berkata, Effendy juga akan melepaskan jawatannya dalam lembaga pengarah syarikat Kumpulan CIMB, termasuk sebagai pengerusi TNG Digital dan sebagai ahli lembaga pengarah Touch 'n Go Sdn Bhd dan CIMB Vietnam.

 

"Effendy bagaimanapun bersetuju untuk kekal sebagai penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan sehingga akhir Jun 2025, bagi memudahkan peralihan kepimpinan yang lancar dan teratur.

 

"Haniz Nazlan, yang menyertai Kumpulan CIMB sebagai Ketua Pegawai Strategi Kumpulan (GCSO) pada 2021, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan,"

 

Selaras dengan pelan hala tuju strategiknya, CIMB mengasingkan segmen pengguna dan perbankan digital bagi memacu pertumbuhan setiap perniagaan, mengiktiraf cadangan nilai mereka yang berbeza.

 

Gurdip Singh Sidhu kini akan menyelia perniagaan digital CIMB, termasuk Touch 'n Go Sdn Bhd, Touch 'n Go Digital, CIMB Filipina dan CIMB Vietnam, di samping peranannya sebagai CEO CIMB Malaysia dan CIMB Bank Bhd.

 

Tanggungjawab Khairul Rifaie telah diperluaskan merangkumi peranan GCSO, di samping jawatan semasanya sebagai ketua pegawai kewangan kumpulan (GCFO).

 

Victor Lee Meng Teck telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pasaran pertumbuhan, menyelia CIMB Singapura dan CIMB Kemboja.

 

Selain itu, Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan, Ros Aziah Mohd Yusoff, menyertai Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan CIMB.

 

Sementara itu, Animesh Mukherjee yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Sumber ManusiaKkumpulan, telah dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Kumpulan dan kini akan melaporkan terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, struktur organisasi baharu itu mencerminkan tujuan bank, mengukuhkan bangku kepimpinannya dan meningkatkan sinergi kumpulan.

 

"Strategi itu direka memajukan keutamaan kumpulan ke dalam kitaran strategi seterusnya sambil memastikan daya tahan operasi," katanya. - DagangNews.com