UMW Toyota lantik Obata sebagai Naib Pengerusi bermula 1 Februari 2022 | DagangNews Skip to main content

UMW Toyota lantik Obata sebagai Naib Pengerusi bermula 1 Februari 2022

KUALA LUMPUR 21 Feb - UMW Toyota Motor mengumumkan pelantikan Takashi Obata selaku Naib Pengerusi bermula 1 Februari 2022.

 

Beliau memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam Toyota Motor Corporation dan merupakan individu penting dalam syarikat di bahagian Perancangan Produk dalam bahagian Perancangan Jualan dan Operasi selain bertanggungjawab terhadap perancangan produk darpada pelbagai model untuk pasaran global.

 

Beliau berkata, teknologi berkembang secara progresif dengan peningkatan keperluan dan tanggungjawab untuk menyesuaikan diri dengan teknologi serta pendekatan bebas karbon.

 

"Saya berbesar hati kerana telah diamanahkan peranan ini untuk mengemudi perniagaan Toyota di Malaysia bersama Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

 

"Saya ingin berterima kasih Akio Takeyama kerana meninggalkan legasi yang luar biasa semasa beliau bersama UMW Toyota Motor. 

 

"Peranan ini sudah pasti akan menjadi satu cabaran tetapi saya saya yakin bahawa kita akan dapat mencapai lebih banyak lagi pencapaian pada tahun-tahun akan datang, terutamanya dengan sokongan padu daripada Kerajaan Malaysia dan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Menerusi kepemimpinan Takeyama, pelbagai kejayaan berjaya dicapai UMW Toyota Motor termasuk pelancaran kilang pembuatan di Bukit Raja yang dikenali sebagai kilang Toyota No.1 dari segi kualiti dan produktiviti di Asia selain pengenalam GAZOO RACING selain kejayaan merampas kedudukan jenama bukan kebangsaan No.1 selepas enam tahun.

 

Sementara itu, Ravindran berterima kasih atas sumbangan Takeyama selama bersama Toyota kerana berjaya menggembirakan ramai pelanggan dan beliau juga sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama bersamanya.

 

"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Obata atas pelantikannya sebagai Naib Pengerusi. Saya akan berkerjasama dengannya dalam usaha untuk mengangkat jenama Toyota ke tahap tertinggi selain mencipta lebih banyak kejayaan," katanya. - DagangNews.com