UMW Toyota Motor anjur peraduan Toyota Dream Car Art | DagangNews Skip to main content

UMW Toyota Motor anjur peraduan Toyota Dream Car Art

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
[email protected]

 


KUALA LUMPUR 6 Jan - UMW Toyota Motor menganjurkan 'Toyota Dream Car Art Contest' terbuka kepada kanak-kanak di seluruh dunia bermula 1 Januari hingga 11 Februari depan.


 

UMW Toyota Motor memaklumkan, peraduan yang dijalankan sejak 2004 itu merupakan sebahagian daripada inisiatif sumbangan sosial Toyota.

 

"Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu National Contest yang akan dianjurkan di negara yang mengambil bahagian sejak Ogos tahun lalu hingga Februari 2022 depan.

 

"Pemenang kategori ini akan menjadi wakil negara masing-masing di dalam World Contest yang akan dianjurkan di Jepun," menurut kenyataan tersebut.

 

Untuk National Contest di Malaysia, hanya kanak-kanak yang berumur 15 tahun dan ke bawah, dan menetap di Malaysia sahaja layak untuk menyertai peraduan ini.

toyota

Ia dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu peserta berusia tujuh tahun dan ke bawah, peserta berusia lapan hingga 11 tahun dan peserta berusia 12 hingga 15 tahun.

 

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web global Toyota, https://www.toyota-dreamcarart.com/ atau laman web Malaysia, https://www.toyota.com.my/dreamcarartcontest.my/. - DagangNews.com