Unique Fire buka pejabat jualan dan gudang baharu di Johor | DagangNews Skip to main content

Unique Fire buka pejabat jualan dan gudang baharu di Johor

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Mei - Syarikat keselamatan dan perlindungan kebakaran terkemuka, Unique Fire Holdings Bhd mengumumkan pembukaan pejabat jualan dan gudang baharunya di Johor Bahru. 

 

Syarikat itu dalam kenyataan hari ini berkata, kemudahan baharu seluas 13,000 kaki persegi itu terletak secara strategik di tengah-tengah bandar dan akan berfungsi sebagai pangkalan operasi Unique Fire di wilayah selatan Malaysia.

 

Katanya, pejabat dan gudang baharu itu menawarkan pelbagai rumusan keselamatan dan perlindungan kebakaran kepada pelanggan di kawasan Johor Bahru, termasuk alat pemadam api, sistem pencegah kebakaran dan sistem penggera kebakaran. 

 

"Kemudahan itu, dikendalikan pasukan jualan dan kakitangan teknikal yang berpengalaman, komited dalam menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggannya.

 

"Unique Fire mempunyai reputasi yang kukuh dalam industri untuk menyediakan rumusan keselamatan kebakaran yang boleh dipercayai dan berkesan kepada perniagaan dan individu. 

 

"Dengan pembukaan pejabat jualan dan gudang baharu di Johor Bahru, Unique Fire memperluaskan jangkauan dan mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran serta bersedia untuk meningkatkan kecekapan dalam menyampaikan produk," katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Eksekutifnya, Datuk Marcus Liew berkata, ia mewakili pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan syarikat.

 

 

uniquefire

 

 

"Syarikat komited untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan tahap tertinggi kepada pelanggan di Johor Bahru dan seluruh Malaysia," katanya.

 

Pembukaan pejabat jualan dan gudang baharu Unique Fire di Johor Bahru merupakan perkembangan penting bagi syarikat dan industri secara keseluruhannya. 

 

Kemudahan baharu itu membolehkan Unique Fire meluaskan jangkauan dan memenuhi keperluan pelanggannya dengan lebih baik di wilayah selatan Malaysia. - DagangNews.com