Untung bersih Poh Huat diunjur susut 27% pada FY23 akibat permintaan perabot yang lemah | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Poh Huat diunjur susut 27% pada FY23 akibat permintaan perabot yang lemah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Mac - Untung bersih teras Poh Huat Resources Holdings Berhad diunjur menyusut sebanyak 27% bagi FY23.

 

Public Investment Bank Research (PublicInvest) berkata, meskipun kumpulan itu mendapat faedah daripada daripada pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) namun ia tidak dapat mengimbangi kelemahan permintaan terhadap perabot ketika ini.

 

"Kami menjangkakan pendapatan jangka pendek kumpulan itu kekal lemah apabila peruncit perabot AS mengurangkan pesanan mereka memandangkan permintaan pengguna lebih lemah kesan daripada kos sara hidup ser kadar faedah yang tinggi," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu, untung bersih 1QFY23 menyusut sebanyak 55.5% kepada RM6.8 juta dengan operasi di Malaysia serta Vietnam mencatatkan penurunan tempahan daripada pelanggan utama mereka di rantau Amerika Utara.

 

Selepas pelarasan barangan bukan teras, untung bersih teras kumpulan sebanyak RM14.7 juta adalah selaras dengan anggaran konsensus firma dan menyumbang 26% daripada ramalan firma itu.

 

Selain itu, penghantaran juga terjejas oleh pengeluaran yang lebih rendah akibat cuti Tahun Baharu Cina pada Januari 2023.

 

Firma itu berkata, walaupun mencatatkan hasil lebih rendah tetapi margin keuntungan kumpulan itu menyusut pada kadar lebih kecil kepada 22.3% berikutan penggunaan bahan mentah lebih baik dan kos tenaga kerja yang lebih rendah.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) RM1.50 sesaham. - DagangNews.com