Untung teras Kerjaya Prospek bagi 1QFY23 adalah di bawah unjuran RHB Investment | DagangNews Skip to main content

Untung teras Kerjaya Prospek bagi 1QFY23 adalah di bawah unjuran RHB Investment

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Mei - Keuntungan teras Kerjaya Prospek Group Berhad sebanyak RM29.3 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (1QFY23) adalah 20% di bawah unjuran setahun penuh RHB Investment.

 

Firma itu berkata, sisihan negatif yang sederhana itu sebahagiannya disebabkan oleh perbelanjaan pentadbiran yang lebih tinggi daripada jangkaan.

 

"Melangkah ke hadapan, penerokaannya ke dalam segmen bangunan perindustrian melalui perkongsiannya dengan Samsung C&T (KL) Sdn Bhd berfungsi sebagai penampan strategik jika pekerjaan daripada pasaran hartanah menghadapi suanana yang perlahan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Mengulas mengenai prospek kumpulan itu, firma itu berkata, kumpulan itu seharusnya dapat mengiktiraf kemajuan yang lebih tinggi daripada tempahan kerja sebanyak RM4.5 bilion pada suku akan datang, dengan kapasiti tenaga kerja yang mencukupi.

 

Dianggarkan syarikat pemaju dan pembinaan hartanah itu mempunyai sekurang-kurangnya 2,500 pekerja pada masa ini.

 

BACA JUGA: Kerjaya Prospek rekod untung bersih sebanyak RM29.4 juta bagi 1QFY23

 

"Walaupun kumpulan itu bekerjasama dengan Samsung C&T untuk membida pekerjaan industri yang canggih dalam industri teknologi (seperti pusat data), syarikat itu sendiri juga mengintai pekerjaan hartanah industri seperti gudang. 

 

"Setakat ini, kumpulan itu meraih RM64 juta, selepas mengambil kira bahagian berkesannya dalam setiap kontrak pekerjaan baharu dalam FY23 (35.7% daripada sasaran kemenangan pekerjaan RM1.3 bilion FY23 kami)," katanya.

 

Firma itu mengurangkan unjuran pendapatan kumpulan itu bagi FY23-FY25 sebanyak 6%, 5% dan 2% selepas mengambil kira pengebilan yang lebih konservatif untuk pekerjaan pembinaannya serta andaian kos pentadbiran lebih tinggi.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran RM1.55 sesaham.

 

Selain itu firma itu berkata, kumplan itu berkemungkinan melihat aliran kerja yang stabil daripada pembangunan Seri Tanjung Pinang fasa 2 dengan RM2 bilion pekerjaan dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang, serta Pusat Bandar Bukit Bintang dengan kontrak bernilai RM600 juta diberikan setakat ini. - DagangNews.com