UPM naik ke tangga 78 THE Emerging Economies University Rankings 2021 | DagangNews Skip to main content

UPM naik ke tangga 78 THE Emerging Economies University Rankings 2021

 

 

KUALA LUMPUR 11 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat pencapaian membanggakan dengan membuat lonjakan sebanyak 28 anak tangga apabila disenaraikan pada ranking ke-78 universiti terbaik berbanding ranking ke-106 tahun lepas dalam Times Higher Education (THE) Emerging Economies Rankings 2021.

 

Ini sekali gus meletakkan UPM dalam kelompok 100 terbaik bersama dua universiti tempatan lain daripada 606 universiti antarabangsa yang tersenarai.

 

Menurut UPM, penilaian ranking ini menggunakan lima kriteria utama yang di dalamnya mempunyai 13 indikator yang sama digunakan dalam penilaian THE World University Rankings. 

 

Lima kriteria utama ini adalah Teaching (30%), Research (30%), Citations (20%), International Outlook (10%) dan Industry Income (10%).

 

"Kekuatan UPM terletak pada kriteria International Outlook apabila disenaraikan pada tangga ke-23 terbaik antara universiti yang tersenarai dan ranking ke-2 Malaysia selepas Universiti Malaya," katanya dalam kenyataan baru-baru ini. 

 

THE Emerging Economies Rankings yang telah diperkenalkan sejak tahun 2014 ini mengambil kira dan menilai institusi pengajian tinggi di 48 negara yang ditakrifkan oleh London Stock Exchange’s FTSE Group sebagai negara membangun atau emerging (Advanced Emerging, Secondary Emerging atau Frontier).

 

Penarafan ini telah diumumkan pada 9 Mac lalu melalui laman web rasmi THE World University Rankings. - DagangNews.com