SHAH ALAM 22 Sept – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menjemput usahawan-usahawan untuk menyertai himpunan 10,000 bangsa usahawan dalam program 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) pada 28-30 Oktober ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, himpunan tersebut yang menyasarkan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana tidak hanya menyediakan latihan serta bimbingan, malah peluang untuk mereka membina rangkaian kerja antara satu sama lain.
“Mereka bukan sahaja dapat belajar dengan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, malah bersama usahawan-usahawan jutawan lain di bawah bimbingan RichWorks.
“10XBBB buat kali ketiga ini akan memberikan bangsa usahawan keyakinan untuk terus maju ke depan meskipun berdepan pelbagai cabaran,” katanya.
Radz menambah, usahawan bakal turut dikongsikan dengan panduan dan strategi yang perlu difokuskan pada masa ini.
“Dr. Azizan akan menunjukkan peserta bagaimana mahu membuatkan bisnes mereka dapat bertahan dalam cabaran sedia ada dan yang bakal mendatang.
“Sebagai usahawan, mereka tak boleh lari daripadanya dan melalui ilmulah mereka dapat mendepani cabaran dengan betul,” jelasnya.
Dalam bisnes kata Radz, aspek terpenting ialah kemampuan untuk menguasai komunikasi.
"Jika anda bagus dalam komunikasi, anda mampu untuk bercakap dengan pasukan, anda mampu bercakap dengan pelanggan dan anda mampu bercakap dengan ramai orang.
"Tapi bagaimana nak jadi pemimpin yang pandai berkomunikasi dengan efektif dan boleh mempengaruhi orang lain untuk buat tindakan? Program 10X Bina Bisnes Berjaya ini akan memberi panduan.
Program 3 hari ini akan diadakan di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam dan lawat www.BinaBisnesBerjaya.com untuk mendaftar masuk. - DagangNews.com